Tuesday, March 27, 2018

Awana SkyWay Genting Highland

Salam,

Alhamdulillah sekali lagi kami sekeluarga diberi peluang berjalan jalan.Kali ni ke  genting dan tidak bermalam.


Minggu lepas menghabiskan cuti sekolah , kami ke genting tujuan utama nak rasa kesejukan di atas tu..hihi.Dah bertahun tahun tak ke genting so free bebaru ni kami meluangkan masa ke sana ..tu pun tetiba jugak sebab on the way balik dari KL tu nak g rumah member tapi dia takde so pk pk kami pun naikla kejap.

Dari KL kami naik kereta sampai ke Genting Highland Premium Outlet. Parking  situ pastu jenjalan kejap je dan solat zohor .Kemudian kami naik lagi atas naik Awana SkyWay melalui Awana station --Chin Swee Station --Sky Avenue (stop).

Genting Awana SkyWay Car Park Free Parking, Cable Car Ticket Price Standard: RM8/Person, Glass-Floor: RM50/Person

Kami jenjln je tengok dan makan di merry brown dan  cari pintu keluar untuk menghirup udara luar area berhadapan dengan hotel maxims..sejuk kabus wow..alhamdulillah sejuk .Best ever.

Solat asar sesiap kat atas area maxims hotel dan turun bawah naik awana sky way . Kali ni stop Genting Highland Premium Outlet menghabiskan jalanan mencari jajan yang tadi tak abis lagi..hihi.Penat gak kaki pusing2. Lepas solat maghrib baru turun Kuala Lumpur semula . Mood Fengsan dan stop Wong Solo Ampang bungkus ayam bakar dan sambal balado super delicious 



Bermalam di sunway putra hotel


Salam,

Mattafair bebaru ni ciku dan famili tetiba plan bermalam di sunway putra hotel . Pagi tu try booking dan dah tak banyak kosong . Ini kali ketiga ciku tido sini tapi kali ni amik 2 bedroom type - tak ingat type apa. Ada 2 bathroom dan 2 bedroom serta ruang tamu.

Bebudak mandi kolam kemudian terjah kedai kedai sunway mall tu. Makan di Absolute Thai  ,kenny rogers , roti canai ikat tepi dan pusing 2 daiso ..xde beli apapun.

Matta fair kami pasti pegi (tujuan utama ke sini)..apa yang dapat hihi..ada le juga tempat di Furano (cantiknya lavender dan bunga apa ntah color pink)

Xde apa nak stori sangat sebab banyak rest je tengok langit.hihi




Tuesday, March 6, 2018

Tuesday for you


Related image



The day to remember all the things I didn't get done on Monday- and push them off until Wednesday. Nothing messes up your Friday like realizing it's only Tuesday.Tuesday: The day after Monday that reminds you that you still have four more days of not trying to slap a fellow co-worker.

Berjaya menghadapi monday semalam..hihi




Image result for tuesday quote

Monday, March 5, 2018

FREE SEATS IS BACK! AIR ASIA

Salam,

Start 4 Mar 2018 ritu . Book now till 11 Mar 2018 | Travel from 3 Sep 2018 - 28 May 2019 . Ciku dapat wasap seperti dibawah

Jom jom korang #AirAsiaFREESEATS! 

BIG Member Priority Booking Period: 4 Mac 2018

Public Booking Period: 5 - 11 Mac 2018
Travel Period: 3 Sep 2018 - 28 Mei 2019

Jangan lepaskan peluang korang!!!!
Sebarkan!!!

Ciku pun mengejar le , nak beli online ni..plan pukul 12.00 malam tu nak bukak AA tapi terlolap so esoknya baru beli..dapatla satu tiket untuk sefamili tapi bukan tahun ni.

So tahun depan ye..bersabarla wahai hati ciku sekeluarga..insyaAllah kita ke sana awal tahun depan. Alhamdulillah akhirnya dapat gak tiket .Lamala sikit nak menabung untuk halhal lain yang berkaitan.hihi

Sekarang akan sibuk mencari ittenary dan info dari blogger yang  penah ke sana.

Penginapan better amik melalui www.airbnb.com (apartment kitchen dan heater) .Tapi kebanyakannya banyak dah takde date yang kami nak pegi ni..huhu..takut tinggal yang mahal je.

Paling best date kami pegi adalah date festival disana di 'tsudome'. InsyaAllah moga Allah berkati semua urusan disana..chewah..macam minggu depan plok nak pegi..haha.Baby pun dah setahun time tu so insyaAlah ok.amin




Monday, February 19, 2018

Ciku bercuti kemana chinese new year ni?


Aktiviti Hari pertama (jumaat) - Pukul 3 petang kami ke walter barbershop putrajaya bawa anak anak laki ni potong rambut style sket..hihi.Reward for them sebab tolong umi mop lantai dan tangga rumah.
Harga for kids below 12 years old adalah rm10 (normal) ,rm12(style) , Fade(rm17).
Harga for Adult - fade(rm17++).

Lokasi di 
No 1, Jalan Kesidang 18/11, Presint 18
        017-383 0031
Open ⋅ Closes 10PM
Ni area rumah color putih ala ala england di putrajaya tu..cantik.
Harga penuh disini
https://walterbarbershop.com/services/

Aktiviti Hari kedua(sabtu) - Seawal 8 pagi , kami bawa anak anak main bola sepak di padang Taman Pancarona presint 18 , Putrajaya. Memula hajat nak ke saujana hijau yang cantik alaala kundasang tu tapi ciku cam mengah je nak jalan banyak so tuko niat..hihi. Di sana naik basikal okla..ntahla ciku tak penah sampai lagi.

Kami breakfast dulu pagi tu di McD putrajaya (menu combo rm5.99) dan bawa anak main bola sepak sampai pukul 11 pagi kot , kemudian kami lunch di alamanda .

Selain tu , ciku tengok drama korea ..hihi..tak de buat apapun..lebih kepada rest di rumah, makan dan beriadah sahaja . Gambar banner diatas TIADA KAITAN dengan Cuti bebaru ni..hihi. Cuma  ciku tengah bekerjakeras mencari tiket murah ke sapporo hujung tahun ni atau awal tahun depan atau hujung tahun depan.hihi.Jomss


Monday, February 12, 2018

Dodo korea

Salam,

Terasa nak makan makan korean food lak kat malaysia ni..hihi. Dulu penah makan kat dubuyo tapi bukan selera ciku kot pastu kami try makan kat dodo korea ni..cam sedap so repeat lagi..hihi.

Di Seoul garden pun ok tp mahal jugakla.So kali  ni kebetulan kami bercuti di Hotel PNB perdana KL so makan le kat intermark ni..hihi

http://www.pnbperdanaonthepark.com/

Harga set tu RM15..ciku rasa portionnya banyak , sedap dan berbaloi.anak anakpun suka makan so okla ye..






Address : 

The Intermark International Food Hall, Lower Concourse Floor, The Intermark Mall, 348, Jalan Tun Abdul Razak, Off Jalan Ampang, Ampang, Kuala Lumpur 50400


Thursday, February 8, 2018

Buffett dan ala carte di Indus kafe Putrajaya

Salam,

Buffet lunch (RM25.50 seorang ) adalah first time for ciku disini. Selain buffet ada ala carte juga.Boleh refer Fb indus cafe putrajaya.Landmarknya pullmon hotel putrajaya amik simpang tu dan terus hingga jumpa bulatan ..parking je area situ dan menapakla sket.

Toilet ada di sebelah lif ye.kat atas marina ni ada swimming pool terbuka .

So ciku nak kongsi  pengalaman aje..memulanya ciku g jemputan kenduri kawin waktu malam di bora ombak sederet area kafe ni pastu ciku n famili dan famili adik rasa nak minum lak memalam tu dan ternampak cafe ni so masuk dan tengok wow..cantik dan simple cozy siap ada band dan di indus sunset sebelahnya pun menarik bleh buat party kot situ..hihi. 

Start situ ciku agak selalu datang makan di sini tapi ala carte , selain ayer@8 dan kelab tasik putrajaya presint 8 (feveret menu bihun singapore dan fettucini carbonara ) dan taman warisan (nasi goreng kampung sambal belacan).

Orite kita kongsi pic menu buffet lunch di indus kafe dulu ye.Bagi ciku sedap ..orang lain tak tau..hiihi.











Lunch Buffet cuma RM25 
Indus Cafe, Bora Ombak, Putrajaya Marina 
Masa : Lunch Buffet ni dari Selasa hingga Jumaat dari 12 ke 2.30
INDUS CAFE : 03-88931303 
Lokasi: 1, Jalan P5/5, Presint 5, Putrajaya

Gabungan masakan western dan lokal. Menu berubah-ubah setiap hari.  Boleh call untuk reservation takut penuh orite.thats all ..

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...