Thursday, November 16, 2017

Travel bersama keluarga


Di Pacific land - jeju island , korea

Nostalgia Travel Backpack bersama keluarga

2011 - Yemen 
2011 - Umrah Mekah Madinah
2011 - Korea(spring + summer)
  • Seoul
  • busan
  • Jeju
2011-Acheh ,Indonesia (bersama anakanak)
--------------------------------------------------------------

2012 -Abu Dhabi
2012 -Dubai
2012 - Iran(winter)
  • Perspolis
  • Shiraz
  • Tehran
2012 -HCM Vietnam
2012 -HCM Vietnam (bersama anakanak)
2012 -Krabi Thailand (bersama anakanak)

---------------------------------------------------------------

2013 - Brunei (bersama anakanak)
2013 -Solo Indonesia (bersama anakanak)
2013 - Jogjakarta Indonesia (bersama anakanak)
2013 -Makassar Indonesia (bersama anakanak)
2013- HCM Vietnam (bersama anakanak)
2013-Singapore (bersama anakanak)

----------------------------------------------------------------

2014 Jepun(spring+ winter)
  • Tokyo
  • Kyoto
  • Hiroshima
  • Nagano Hakuba Alps
  • Yokohama
  • Osaka
  • Fukuoaka
  • Huis Ten Bosch
  • Nagasaki
2014 -HCM ,Vietnam

-----------------------------------------------------------------

2015 - Guilin ,China (bersama anakanak)
2015 - Seoul ,Korea (autumn)
2015 - Abu Dhabi (bersama anakanak)
2015 - London (bersama anakanak)
2015 - Paris (bersama anakanak)
2015 - Manchester (bersama anakanak)

---------------------------------------------------------------

2016 -Bandung,Indonesia

---------------------------------------------------------------

2019 - Sapporo (bersama anakanak)
2019 - Otaru (bersama anakanak)

---------------------------------------------------------------


Yang paling best setakat ini backpack to Japan (4 orang)

November mood di Dashbox Cyberjaya dan Gerai Bawal Power Sempoi Sport Arena Cyberjaya

Assalamualaikum dan selamat semua.






Ok ciku kali ni bercuti di cyberjaya dekat je ngan rumah sebab musabab ..tak perlu ambil cuti lama dan sebab nak kumpul ramai adik beradik .Kami seramai 20 orang check in 2 hari 1 malam di sini.
DashBox cyberjaya. Ini sebenarnya kali ke 3 ciku dan keluarga ke sini (g survey je ) tapi kali ni tdo dan bersama grup yang ramai.

Boleh refer
Web      : http://dash-hotels.com/cyberjaya-malaysia/index.php
Address: Persiaran Apec, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, SelangorPhone   : 03-8322 7171

Ittenary grup ni 

Day 1 : 
Check in pukul 3 petang (makan sesiap lunch).
Pembahagian bilik oleh ciku kepada 20 orang.
1 bilik twin hanya utk 3 orang (2 dewasa 1 budak)

Kami ambil 7 bilik di DashBox 
4 jenis type twin di tingkat bawah dan  3 deluxe  

Harga  dan lokasi:
Jenis Deluxe = RM 250 (area atas tepi kolam )
Jenis Studio  = RM 230 (area bawah tepi kolam - ni dah abis sepanjang tahun ni)
Jenis Twin    = RM 150 (area kolam kanak kanak di bawah dan atas)

Pukul 4.30 lepas asar -berkumpul di tempat yang telah ditetapkan (atas bilik jenis twin)
# Acara potong cake sempena besday mak,klong, adik ,anak buahdan annyversary..cake satu je..hihi

# Acara potluck -karipap,jagung rebus,kopok lekor,sandwich sardin,air oren,air mineral
# Acara mandi kolam sebab sliding kolam tu sebelah je tmpt makan ni
# Bergambar sekitar hotel (ini memang masa check in lagi..hihi)
# Ada gym gak bagi sesapa yang nak exercise lebih..hihi

Pukul 8.00 malam ,semua berkumpul di lobi untuk makan malam di Restoran Nasi Arab Saba , cyberjaya .Dekat aje dari hotel ni. 

Pukul 9.30 -12.00 malam lepas lepaklepak area hotel sambil bergambo lagi..hihi.
#Acara main Sahibba
#Acara lawan Congkak
#Acara main UNO
-Semua bawa sendiri game ni..main di area depan kolam ada kerusi meja kat situ macam bar tapi tutup waktu malam so bleh lepak situ..kolam tutup pukul 9.00 malam
-Ni sesapa dah ngantuk bleh balik tdo dulu..mak ciku dah tdo awal dah ..hihi

Day 2 :
Pukul 7.30 pagi 
# Sarapan nasi lemak dan teh tarik bungkus ditaja oleh adik yang kerja di Cyberjaya.Makan beramai ramai gak bagi yang dah bangun pagi dibilik deluxe..besar sket.

Pukul 11.30 pagi
# Adik kumpulkan kunci bilik dan serahkan pada ciku untuk kami check out.Check out patutnya kul 12.00 tapi kami awal sebab nak g makan Gerai Bawal Power Sempoi yang terletak di Sport Arena, Cyberjaya
# Kedai makan ikan bawal panas dan sotong sempoi habaq ang (kedai ni kalau pukul 12.00 ramai dan open masa 1snin -jumaat sahaja) 
#Air kedongdong asam sedap - RM 2.00 


Semua dijual dalam bentuk set sekali dengan nasi,kuah kari bendi, sambal kicap, sambal belacan dan pelbagai jenis ulaman seperti salad, timun dan ulam raja

Harga sangatlah berpatutan untuk ikan bawal satu set RM10.00 manakala sotong tu RM12.00 . Ada gak ikan lenlain cam keli dan talapia

Lepas makan berpecah ke destinasi memasing.Gambar tempat makan semua tak sempat nak snap sebab udah lapo..hihi. Ahamdulillah selesai.

Tuesday, October 17, 2017

Cuti cuti Sabah - Kundasang , nexus Karambunai , Kota Kinabalu

Salam dari sabah

Alhamdulillah. Kami sekeluarga berpeluang sekali lagi bercuti di sabah tahun ini dan kali ni bersama baby..amik pakej Matta Fair 2017. Ciku duk tengok pic view desa dairy farm kundasang sangat cantik so terus decide nak kesana sambil nak makan seafood fresh di Kota Kinabalu tu. Ciku listed aktiviti kat sana.Kat bawah ni sume dah settle.Kami sebenarnya takde apa apa plan untuk ke KK selain nak g kundasang dan makan seafood..hihi.

Day 1 - 
  •     Tiket AA (7.50 pagi dari KLIA -tiba 10.30 di Kota Kinabalu dan terus ke kundasang by car rental Grand Livina )
  •     Penginapan di Pine Resort Kundasang
  •     Desa Dairy Farm Kundasang
  •     Susu dan aiskrim di Desa Dairy Farm
  •     Tengok view kampong Mesilau kundasang
  •     Lunch nasi goreng kampung , kuey Teow dan makan kepak ayam di Restoran  Hanisah di kundasang
  •     Rumah terbalik area balik dari kundasang ke karambunai
  •     Sejuk 17 degree
     Day 3 -
  •    Penginapan di Nexus Resort and Spa Karambunai
  •   Makan seafood murah dan sedap di Restoran Haji Manja atau Restoran Ummi di Kota Kinabalu. Kami ke umi restoran aje sebab haji manja blom buka kedai time tu (kul 4.10 petang)
  •     Beli keychain untuk kengkakwan anak dan FM untuk adikberadik 
  •     Pencarian Udang kering saiz besar dan ikan bilis
  •     Jejak kasih kawan lama di Sepanggar
  •     Jejak kasih jiran di Telipok
  •     Rest quality time with family -berbasikal ,main game dan rest di area hotel
     Misi bergambar before and After..Dulu masa tahun 2009 pernah datang ke tempat yang sama so kita bergambar dengan location dan orang yang sama..hihi
  •       Dataran Todak
  •      Lobby Nexus Resort Karambunai
  •      Chess Nexus Resort Karambunai
Day 5 -Flight balik ke KLIA
Settle 5 Hari 4 malam di sini.Moh tengok gambar.

Desa Dairy Farm

Mesilau Kampung




Kundasang Pine Resort 2 days 1 night

Nexus Resort karambunai 3 days 2 night

Nexus Resort karambunai

Dibawah adalah menu makan di restoran Umi berhadapan dengan restoran haji manja. Kot ada yang nak sama menu beserta total harga..hihi

Jenahak 3 rasa

sotong besar 10 ekor

udang saiz besar 6 ekor : Butter Prawn

sayur pucuk manis tumis telur

Suasana gerai Umi berdepan dengan gerai haji manja  .Lokasi : kalau dari mercu todak tu jalan kaki dan belakangnya ada tandas awam  

Ketam  4 ekor sasiz besar. Salted egg Crab

Ikan merah stim halia

Sotong sambal

Harga makanan semua tu termasuk nasi putih 6 dan air tembikai 1 jug  dalam  RM 220
Settle misi makan seafood di Sabah ..penjagaan kolesterol entah ke mana..hadui hihi.

Tips bawa baby dalam flight:
Menyusu / botol susu masa berlepas dan mendarat 
Satu beg sandang complete baju baby,pampers,baby wipe ,telon,napkin

Alhamdulillah misi bawa baby ke sabah settle .




Friday, September 15, 2017

ciku dapat baby

Alhamdulillah
Semuanya selamat.baby boy Dan bermulalah episode berpantang ciku.
Sebenarnya ciku bersalin normal di azzahrah bangi pada 9 ogos 2017 yg lalu.
Amik pakej aliya Dan
Ciku juga amik urutan lepas bersalin denagan IBU maryam Dan mak ani pakej bermalam Jaga  DLM pantang selama 7 hari.
OK tu je nk kongsi takat ni....



Friday, August 4, 2017

Syukur di hari jumaat

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Tika ini aku terasa sangat penat dan terasa seringkali ingin membaringkan diri dimana mana sahaja.Isihatiku berfikir kerisauan melanda ntah dari mana hadir perasaan ini...airmata seakan ingin mengalir tetapi tiada.ntah kenapa aku sendiri tidak pasti.Apa sebenarnya yang aku fikirkan...

Sahiba , cross puzzle seakan makin dekat denganku.Aku membiarkan diri ini membatu dan hanya bermain dengan fikiran yang diawang awangan.Aku masih menghitung hari dari apa yang aku yakin..Allah pasti mempermudahkan urusanku ini.Memang aku takut tapi perasaan syukur ku perlu jauh melebihi perasaan takutku. Allah memberiku ruang untuk merasai lagi kenikmatan ini.

Moga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan olehmu ya Allah. Aku hanya mengikut lorongan laluan yang telah kau sediakan.Aku yakin allah menyayangi diriku ini.

Alhamdulillah ,aku telah sampai ke baitullah dan madinah dan telah merasai nikmat sebuah perkahwinan dan anak anak ,merasai keindahan 4 musim dunia dan mengunjungi 17 negara pelbagai budaya dan seri.Syukurku juga kerna aku punya pekerjaan yang utuh . Alhamdulillah aku yakin Allah menyayangi diriku.

Mengerjakan Haji..InsyaAllah ianya menjadi impianku dan juga setiap muslim yang lain.

"Labbayka Allahumma labbayk, labbayka laa shareeka laka labbayk. Inna al-hamd wa’l-ni’mata laka wa’l-mulk, laa shareeka lak "


Monday, July 3, 2017

Meriah beraya di Perak

Salam raya semua.

Tu la ciku yang sudah sarat memegang perut dan pinggang..hihi

Rasanya semua masih mood raya.Ciku baru balik dari kampung di Ipoh sabtu bebaru ni..gerak kul 6.30 pagi sampai Shah Alam pukul 8.20 pagi terus nak g bekfas lontong kat teh laris cafe seksyen 13 shah alam  tapi tutup so pegi ke cafe pak Ali shah Alam aje. Sedap juga nasi goreng golden nya tapi nak makan cendol pepagi tu taklah..hihi .

Sehari sebelum raya , ciku masak rendang ayam pedas 2 kilo untuk kampung . Lemang beli aje .hihi..Dan ciku kalau balik ipoh pasti akan ke Gazebo abang Nash makan capati lembut kuah sardin yang memang sedap bukannya bawang semata mata ,mi kari dan mi kicap. Gazebo abg Nash terletak di jalan menghala ke Batu Gajah berdekatan kawasan Changkat Larang, Perak . Anak anak ciku suka sangat makan bubur nasi kat situ.ada air coffee extended dan pelbagai jenis coffee..green tea is feberet ciku kalau g situ. Okies kang ciku terliur lak lagi nak g batu gajah tu..hihi.

Pagi raya lepas solat raya tu ,Alhamdulillah kami sempat menziarah kubur arwah ayah yang terletak di Ipoh . 

Orang mengandung beraya di Perak..hihi..ciku la tu, la ni dah nak masuk 36 weeks pregnant dan terasa sangat penat berbeza dengan zaman pregnant dolo dolo..maybe lebih kepada faktor umo 40++ . Pergerakanpun slow aje reraya bebaru ni..makan kena jaga sebab duk amik BSP every 2 weeks (pantau). Perak memang majoriti asyik makan lemang aje ngan rendang tok ,rendang dinding ,rendang ayam pedas so ciku kena jagala makan juga. Lontong dan laksa pun ada kalau g  raya rumah sedara mara ipoh ni.Meh tengok gambo gambo raya dibawah.



Satu hari kami limitkan pergerakan beraya ke rumah sedara mara dalam 2 buah rumah sahaja kecuali yang dekat2 ( jalan kaki) . Sebelum 6.30 petang ciku dah balik..rest .Tak boleh nak duk lelama rumah orang coz nak baring berbantal aje rasa.hihi.

Ciku ada terjah satu kawasan MAP ( Movie Animation Park di area meru) .Sebenarnya kami pegi beraya rumah sedara area situ dan lihat kawasan park tu. Kami tak masuk pun just bergerak dalam kereta aje.hihi. Yang bestnya ciku stop by di dataran bulatan 18 , ada 3 buah rumah senibina perak color hitam..cantik..apalagi kami bergambar le. Ada yang kata tempat tu restoran tapi hari kami pegi tu tutup aje.

Orite setakat itu ini aje kisah orang mengandung beraya di Perak .Selamat hari raya. Doakan ciku selamat bersalin na.Amin

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...