Travelog Yemen,Iran,Shiraz,Dubai,Abu Dhabi,Sepidan,Perspolis,Esfahan,Tehran,London,Manchester,France,Krabi,Hatyai,Puket,Thailand,Seoul,Korea,Nami island,Phu Quoq Island,Vietnam,Ben tanh,Bandung,Jakarta,Acheh, Makassar,Hues ten boch,Japan,Busan,Jeju Island,Nara, Yokohama,Sapporo,China,Guilin,Quebac,Toronto, Calgary, Canada,Ho Chi minh,Hakuba Goryu,Tokyo,Singapore,Iteawon, Namdaemun /Dongdaemun,Cheonge stream , Gyeongbokgung Palace ,Gangnam Street,Everland, Namsan Tower
Thursday, July 27, 2017
Monday, July 3, 2017
Meriah beraya di Perak
Salam raya semua.
Tu la ciku yang sudah sarat memegang perut dan pinggang..hihi
Rasanya semua masih mood raya.Ciku baru balik dari kampung di Ipoh sabtu bebaru ni..gerak kul 6.30 pagi sampai Shah Alam pukul 8.20 pagi terus nak g bekfas lontong kat teh laris cafe seksyen 13 shah alam tapi tutup so pegi ke cafe pak Ali shah Alam aje. Sedap juga nasi goreng golden nya tapi nak makan cendol pepagi tu taklah..hihi .
Sehari sebelum raya , ciku masak rendang ayam pedas 2 kilo untuk kampung . Lemang beli aje .hihi..Dan ciku kalau balik ipoh pasti akan ke Gazebo abang Nash makan capati lembut kuah sardin yang memang sedap bukannya bawang semata mata ,mi kari dan mi kicap. Gazebo abg Nash terletak di jalan menghala ke Batu Gajah berdekatan kawasan Changkat Larang, Perak . Anak anak ciku suka sangat makan bubur nasi kat situ.ada air coffee extended dan pelbagai jenis coffee..green tea is feberet ciku kalau g situ. Okies kang ciku terliur lak lagi nak g batu gajah tu..hihi.
Pagi raya lepas solat raya tu ,Alhamdulillah kami sempat menziarah kubur arwah ayah yang terletak di Ipoh .
Orang mengandung beraya di Perak..hihi..ciku la tu, la ni dah nak masuk 36 weeks pregnant dan terasa sangat penat berbeza dengan zaman pregnant dolo dolo..maybe lebih kepada faktor umo 40++ . Pergerakanpun slow aje reraya bebaru ni..makan kena jaga sebab duk amik BSP every 2 weeks (pantau). Perak memang majoriti asyik makan lemang aje ngan rendang tok ,rendang dinding ,rendang ayam pedas so ciku kena jagala makan juga. Lontong dan laksa pun ada kalau g raya rumah sedara mara ipoh ni.Meh tengok gambo gambo raya dibawah.
Pagi raya lepas solat raya tu ,Alhamdulillah kami sempat menziarah kubur arwah ayah yang terletak di Ipoh .
Orang mengandung beraya di Perak..hihi..ciku la tu, la ni dah nak masuk 36 weeks pregnant dan terasa sangat penat berbeza dengan zaman pregnant dolo dolo..maybe lebih kepada faktor umo 40++ . Pergerakanpun slow aje reraya bebaru ni..makan kena jaga sebab duk amik BSP every 2 weeks (pantau). Perak memang majoriti asyik makan lemang aje ngan rendang tok ,rendang dinding ,rendang ayam pedas so ciku kena jagala makan juga. Lontong dan laksa pun ada kalau g raya rumah sedara mara ipoh ni.Meh tengok gambo gambo raya dibawah.
Satu hari kami limitkan pergerakan beraya ke rumah sedara mara dalam 2 buah rumah sahaja kecuali yang dekat2 ( jalan kaki) . Sebelum 6.30 petang ciku dah balik..rest .Tak boleh nak duk lelama rumah orang coz nak baring berbantal aje rasa.hihi.
Ciku ada terjah satu kawasan MAP ( Movie Animation Park di area meru) .Sebenarnya kami pegi beraya rumah sedara area situ dan lihat kawasan park tu. Kami tak masuk pun just bergerak dalam kereta aje.hihi. Yang bestnya ciku stop by di dataran bulatan 18 , ada 3 buah rumah senibina perak color hitam..cantik..apalagi kami bergambar le. Ada yang kata tempat tu restoran tapi hari kami pegi tu tutup aje.
Orite setakat itu ini aje kisah orang mengandung beraya di Perak .Selamat hari raya. Doakan ciku selamat bersalin na.Amin
Friday, June 16, 2017
Berpuasa di Cameron Highland
Salam ,
Maafla ye bagi tengok gambar ni masa ramadhan ni
Pada minggu lalu , kami berpeluang untuk pulang ke kampung ipoh.On the way balik kampung tu. Ciku suggest to hubby "jom kita buka posa kat atas" yakni cameron highland ..hihi.So hubby call mak ..tanyakan kot kot dia ada hal ke apa apa untuk masa 2 hari ni..sabtu ahad..FREE..so ok..ciku pun cepat je survey hotel /chalet yang berdekatan dengan pasar ramadhan cameron -mudah sket nak beli makanan nanti..hihi.
Memang berdepan je dengan pasar ramadhan dan medan selera (ada masakan panas untuk berbuka) tanah rata.Ciku amik Famili room - rm300 booking by booking.com on the same day.
Kami sampai ipoh dalam pukul 5.00 petang , booking makanan sesiap dulu kat kedai tepi kampung pastu amik mak dan shoot naik cameron. Jalan ok aje kereta pun tak banyak boleh kira..hihi.sejuk plok kali ni kat cameron 19 celcius..kami sampai hotel dalam 7.00 malam ..check in bagai-tepat time berbuka dan makan kat dalam hotel je bekalan yang dibawa dari kampung tadi.Ciku perasan memang depan pintu keluar hotel ni pasar ramadhan dan depan sikit tu ada medan selera maskaan panas.Alhamdulilah selesai berbuka di dalam hotel aje.
Memalam tu kami bergerak ke rumah makcik di perkampungan melayu ,kg sedia - opah strawberry tu.Kami di jamu makan strawberry cicah coklat dan aiskrim dan teh strawberry ..itupun dah sedap dah untuk anak anak ciku yang memang gemarkan strawberry coklat tu.Selesai aktiviti menziarah , kami balik hotel rest.
Sahur !!..hihi. hubby dah beli bungkus burger di marrybrown sebaris dengan hotel kami.Jalan kaki aje.
Hari kedua di Cameron
Kami bergerak ke Mardi tengok bunga bunga dan buah ..hihi pastu penat..balik rest.Dah petang tu..hubby ngan anak anak pegi booking makanan di medan selera masakan panas tu untuk berbuka. Mak lak pegi pasar ramadhan beli kuih muih dan segala macam le. Ciku masih rest di hotel.hihi.
Time nak berbuka baru ciku ngan famili semua jalan kaki ke medan selera tu berselera makan sambil dibuai angin yang menyejukkan.Ramai gak orang sesama berbuka sebelah menyebelah meja kami.Kami pilih gerai paling hujung. Makananpun sedap aje.Alhamdulillah.
Kami order juga untuk makanan sahur - nasi putih dan ikan goreng serta sayur kailan.Settle.
Hari ketiga di Cameron
Hari ketiga di Cameron
Pukul 11.00 pagi kami check out dan mengarah ke Opah strawberry untuk ambil strawberry dan coklat yang telah dipesan sebelum tu. Kemudian kami ke pasar yang banyak jual sayur sayuran tu..mak nak beli sayur wat stok..cikupun beli gak dan strawberry lagi untuk kengkawan.
Dalam pukul 1.00 kami sampai ipoh 35 celsius..huhu ,hantar mak dan tunggu solat zohor ..kemudian shoot semula ke Kuala Lumpur..pulang ke rumah. Settle misi berpuasa dan berbuka di Cameron Hihgland yang sejuk.
Bebuka confirmla di rumah tapi makanan beli juga -nasi kerabu Wan Atiq.hihi
Thursday, May 18, 2017
Menu sahur popular
Salam,
Ramadhan dah dekat .Semua umat islam seronok dan gembira untuk menyambutnya.Para ibu mesti sibuk memikir setiap hari nak masak apa untuk berbuka dan bersahur. Bagi ciku biasanya masak nasi goreng atau makan roti john tanpa sayur sahaja dan kurma plus air panas untuk bersahur.
Ni antara menu yang ciku boleh senaraikan untuk menu sahur kami nanti selain kurma . Mudah dimasak di awal pagi dan makan panaspanas..hihi.anak anak pun suka dan kenyang.
1) Ikan kembung bakar cicah air asam
2) Ayam goreng kunyit potong kecilkecil.
3) Ikan bilis goreng bersama cili padi dan bawang (macam masak pantang tu..hihi)
4) Daging masak kicap
5) Telur masak kicap plus bawang besar dan cili
6) Sambal sotong /udang
Jangan lupa semua makanan diatas mesti disertai dengan sayur-sayuran tak kisahlah nak rebus or tumis . Pastikan ada menu sayur.hihi
Selamat berpuasa dan moga ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua.
Ramadhan dah dekat .Semua umat islam seronok dan gembira untuk menyambutnya.Para ibu mesti sibuk memikir setiap hari nak masak apa untuk berbuka dan bersahur. Bagi ciku biasanya masak nasi goreng atau makan roti john tanpa sayur sahaja dan kurma plus air panas untuk bersahur.
Ni antara menu yang ciku boleh senaraikan untuk menu sahur kami nanti selain kurma . Mudah dimasak di awal pagi dan makan panaspanas..hihi.anak anak pun suka dan kenyang.
1) Ikan kembung bakar cicah air asam
2) Ayam goreng kunyit potong kecilkecil.
3) Ikan bilis goreng bersama cili padi dan bawang (macam masak pantang tu..hihi)
4) Daging masak kicap
5) Telur masak kicap plus bawang besar dan cili
6) Sambal sotong /udang
Jangan lupa semua makanan diatas mesti disertai dengan sayur-sayuran tak kisahlah nak rebus or tumis . Pastikan ada menu sayur.hihi
![]() |
| Sekadar gambar hiasan |
Monday, May 15, 2017
BBQ Di Tapak Perkhemahan Taman Wetland Putrajaya
Salam,
No Telephone : +60 3-8887 7774
Isnin Pejabat tutup
Kami ambil pakej ni masa Matta Fair ritu so decide untuk perjumpaan keluarga dan adik beradik di sini pada 10/5/2017 bebaru ni . Peralatan membakar disediakan oleh Wetland. Seafood kami beli di Pantai Klanang Banting -fresh.
Masa penggunaan kami terima bagi Pakej ini adalah selama 6 jam dari pukul 1 -6 petang dan bayaran dikenakan rm190. RM50 dah dibayar semasa Matta Fair ritu. Baki bayar di pejabat di area pintu masuk taman Wetland.Jangan tersilap pulak,laluan masuk tapak Wetland ni ada 2 iaitu satu untuk wetland rekreasi air dan kami di tapak perkhemahan ni di taman wetland yang ada gerbang kayu pintu masuk utama dan ada tram disitu.Ciku dimaklumkan harga sebenar tapak perkhemahan itu agak mahal iaitu rm160 sejam tapi disebabkan ambil pakej di Matta fair so memang berbaloila..rm190 untuk 6 jam.
Hujan Lebat masa kami sampai .Parking kereta ada disediakan.Surau Musolla kayu yang bersih juga disediakan selain toilet dan tempat mandi yang luas. Ada juga tempat untuk pakej berkhemah di tanah lapang disitu..ciku tak pasti tentang bayaran khemah - boleh tanya pejabat Wetland di situ.
Alhamdulillah tempat membakar semua ditempat di bawah tempat wakaf berbumbung yang lapang yang disediakan.Kami dalam 20++ orang , selain makan dan sembang sembang kami mengadakan game win lose or draw dan rebut gula gula untuk kanak kanak sahaja.
Semua makanan masak sendiri. 8 Sinki disediakan cuma ada kepala paip yang agak senget macam nak patah.hihi. Antara makanan, sotong bako dicucuk lidi ,ikan siakap dan kembung bako,ikan cencaru sumbat, udang bako,ayam bako,ikan janahak (terhad -hihi) . Roti beli dan sapu garlic , Roti dan roti sosej buatan sendiri by kakak -breadmaker ,nasi putih dan nasi arab homemade by ciku, Mushroom soup dan sos black paper homemade by my hubby. Manggo dan strawberry Dadih by adik1, kuih talam durian by adik2, Air kotak by adik3,air teh tarik panas dan sirap .
Alhamdulillah settle semua dalam lebih pukul 6 petang dan penjaga dari Perbadanan yang menyediakan peralatan membakar tu memang ada je situ .Sebelum balik kami mengambil peluang bergambar beramairamai di Taman Wetland Putrajaya dan balik ke destinasi memasing2 fengsan tido.
ooo..lupa lak lontong yang ditempah khas dari Teh Laris Kafe Seksyen 13 shah alam untuk sarapan pagi di rumah ciku sebelum ke Taman Wetland.
ooo..lupa lak lontong yang ditempah khas dari Teh Laris Kafe Seksyen 13 shah alam untuk sarapan pagi di rumah ciku sebelum ke Taman Wetland.
No Telephone : +60 3-8887 7774
Isnin Pejabat tutup
![]() |
| Gerbang kayu Taman Wetland -pic from wiki |
| Dekat area pintu masuk (ciku dah pernah panjat ni .) |
| Dari pandangan atas -gayat juga |
| Tram yang disediakan (Free kalau tak silap -untuk pusing wetland dan masa ). |
Biar gambar berbicara..hihi.Dibawah ni baru le gambo BBQ .Ambil signboard tapak perkhemahan .Mudah sahaja pencariannya.
| Peralatan yang disediakan dan arang satu bungkus. Kami g beli lagi arang tak cukup.Petugas akan ajar cara penggunaan.Lenlain as kipas untuk bara dan penyepit kita bawa sendiri. |
| Adikberadik saling membako..mak buyong nak santap..hihi |
| Game rebut gula gula untuk bebudak bawah 5 tahun |
Monday, May 8, 2017
Sunset di Bukit Batu Putih di Tanjung Tuan
Salam ,
Cerita ni sebelum pregnant..tak ingat bulan berapa pegi..hihi.
Plan sebenar bukan nak mendaki cuma bercuti je di Thistle Hotel port dickson tapi duk review blog lain dan member yang pernah ke sana kata quite cantik so kami lepas check in dan rest kami ke tempat ini dalam pukul 6.20 petang untuk melihat sunset.
| Sunset dari atas area rumah api |
Ada pintu gerbang besar depan pintu masuk dan pondok Laluan utama masuk hutan adalah jalan tar sampai sehingga anda nampak Rumah Api Tanjung Tuan, baru cari lorong masuk ke hutan Bukit Batu Putih . Masa dah berada di atas area Rumah Api tu sakan bergambo tak sedar masa dah nak maghrib so kami try to teruskan perjalanan ke bukit batu putih tapi pendaki yang naik semula kata gelap dan jauh lagi , kami pun dengan kelengkapan tak lengkap so okla kami just stop dan patah balik semula..takut gak sesat.hihi.
Misi cuma berjaya ke Rumah Api Tanjung Tuan sahaja.Tajuk je gempak.hihi.(jangan marah) .Xperasan gambo rumah api tu takde dalam handphone ciku..huhu. So kami solat dan g cari makan then balik hotel rest menikmati air laut dan pantai di area thistle hotel sahaja. Nanti free ciku upload pic di area hotel.
![]() |
| Kolam dari atas bentuk mickey mouse |
Wednesday, May 3, 2017
Happy Wednesday
Yehaa..We Are Already Half Way Through The Week Happy Wednesday
"Try not to become a person of success ,but rather try to become a person of value" - Albert einsten
Menu hari ini (balik dari checkup 8 -11)
Makan pagi - Nasi goreng kampung dan beancurd dimsum plus air tembikai juice no sugar.
Lunch - Air soya cincau plus biskut
Dinner - Nasi putih dan asam pedas ikan dan kicap
hihi..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Travel melihat keindahan alam Calgary Canada
Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...
-
Salam , Lama tak stori jalanjalan.ciku n famili masih bercuti cuti tapi cuma tak sempat update. Kami ke dataran merdeka dan bermalam di ...
-
Salam, Alhamdulillah selesai dengan jayanya travel tour penutup 2015 bersama keluarga ke london, Paris dan Manchester.hihi.Orite ci...
-
Ben Ashaari Gegar Lagi Status pembukaan dan penutupan segmen ini: ( RABU - 14/04/2011 ) sehingga AHAD ( 17/04/2011 ) aku sebenarnya ta...







