Friday, December 13, 2013

Berbaloi di Austin steak ,bangi

Salam,

Asik cuti je la dapur rumah ciku tu setiap sabtu ahad , lepas balik pantai timur hari tu..gantung periuk , kuali belaka.huhu..okla kita terus je pada tajuk entry tu.

Pertanyaan??Anda teringin makan steak dan berbaloi harga nya..meh la terjah sini..hihi. So tempat yang kami terjah sampai 2 x dalam seminggu adalah austin steak bandar baru bangi . Address penuh kotla korang nak terjah tapi cam ramai je orang dh tahu lokasinya .hihi..55-GF, Jalan Kajang Impian 2/1 (Taman Kajang Impian), Bandar Baru Bangi.Masa buka : 5.00 petang -tak pasti sampai pukul berapa..tapi ciku pegi pukul 9.30 malam ..ianya masih buka.

Tampatnya sangat cantik dan harganya berbaloi.Boleh tengok kat sini ..orang punya pic..ciku tak sempat amik gambo..terjah tengok kiri kanan atas bawah semua restaurant ni pastu makananpun sampai terus terkam makan.hihi.service cepat dan sedap.
Boleh je google gambo tempat ni.



Menu menu



Ciku order for the first time adalah
Chicken Marryland dan chic chop dan air jus kedongdong dan air jus apple asam boi. sedap tak terkata..hihi.Mushroom soup dan garlic bread.Bungkus fried spagheti.Banyaknya perkataan 'dan'..huhu.

Second time pergi  order 
Grill chicken dan Fillet steak ,air jus apple asam boi dan jus durian belanda..beef ball spagheti (untuk anak ciku),mushroom soup dan garlic bread.Bungkus fried spagheti.sedap jugak dan service cepat walau ramai orang tapi masih boleh bernafas la.hihi.

Ciku rasa air jus buah dia murah dan gelas beso.try le ye jika berkesempatan.

Ciku pernah pegi makan kat laman Grill bangi tu....sepingganpun dah berpuluh puluh (sekali pegi ok kot- berkalikali tu...tak le..).first time g situ makan Carbonara pasta, menu signature chef zubir(xingat nama apa),Norwegian Salmon & Chilean Blue Mussel memang sedap dan harganya bagi ciku tak bolehla nak pegi selalu..lalu selalu boleh le.


So kalau terasa nak makan ala ala gitu ...kami ke Austin Steak bangi ajela..berbaloi bayo dan sedap juga.orite udeh citer pasal makan.Macam nak demam dah ni..minggu ni ada jemputan kenduri lagi..jenjalan lagi makan free..mekasih jemput..dekat je ..shah alam .

Wednesday, December 11, 2013

Terlewatkah untuk Kem Motivasi Cuti Sekolah Di Putrajaya

Salam, 

SummerCamp Super Muslim Siri III 

 
Sebenarnya ada banyak program cuti sekolah yang sedang dan telah dan akan dilaksanakan tapi yang date available untuk family ciku adalah tarikh pertengahan dis 2013 so yang paling sesuai adalah Siri jelajah supermuslin ini. 

Alhamdulillah masih ada 2 lagi kekosongan masa ciku nak daftar tu.So ciku daftar dan buat bayaran online ke akaun supermuslim .Kemudian , mereka akan emel kepada kita jadual penuh dan lain lain butiran. Ciku pilih masjid Putra ,Putrajaya.InsyaAllah date tu sesuai dan anakanak ciku boleh turut serta.
  
4 objektif yang telah di sasarkan khas untuk peserta iaitu : 
  •  Memperkukuh sahsiah dan peribadi remaja muslim dalam menghadapi ancaman sosial 
  •  Membentuk karakter dan memahami erti anak soleh sebagai pelengkap kepada muslim super 
  • Memperkukuh asas & penghayatan fardhu ain dari aspek penguasaan wudhu, solat dan al quran 
  •  Menguasai teknik asas belajar dan persiapan menghadapi peperiksaan

 KAEDAH YANG DIGUNAKAN 

 Program ini mensasarkan anak-anak remaja berusia 8-17 tahun ( Lelaki & perempuan) yang akan dipecahkan mengikut tahap umur masing-masing .Ciku suka ni sebab mereka pecah ikut umur so ok mudah sikit bebudak sebaya nak berkomunikasi. Ni pun best ..peserta akan bermalam di masjid dengan kawalan daripada fasilitator terlatih . 

  • Sesi brainstorming
  • Tayangan Audio Visual yang sesuai dan berkaitan dengan topik
  • Workplay & presentation
  • Latihan Dalam Kumpulan LDK
  • Zikir doa pilihan sepanjang kursus
  • Qiamullail sebagai pelengkap rohani ( Pada hari terakhir kursus)
  • Sesi bersama ibu bapa di akhir kursus untuk menjamin kelangsungan impak kursus kepada peserta.


Biasa anak anak ciku g solat je kat masjid putra pastu balik rumah.Ni depa kena stay situ..harap harap sume ok dan terkawal.So far ,kalau bab makan ..anak anak ciku takde masalah kecuali sayur le..susah na nak pujuk makan sayur. 

ATURCARA SUMMERCAMP SUPERMUSLIM III 2013 

 
Harapan ,moga anak anak kami menjadi anak yang soleh dan solehah .Tak sabar nak tengok dan merasai apa perubahan yang bakal tiba.Harap perubahannya berlandaskan islamiah. 

"Anak-anak yang baik lahir dari ibu bapa yang baik"

Monday, December 9, 2013

S.E.A Aquarium the world’s largest aquarium

Salam ,

S.E.A. Aquarium is located in Resorts World Sentosa, within Sentosa Island . Discover the awe-inspiring world of life in the ocean at the world’s largest aquarium accredited by GUINNESS WORLD RECORDS.With more than 800 species of marine animals, the aquarium is home to majestic manta rays, enormous goliath grouper, napoleon wrasse, and other gentle giants of the sea. Come face-to-face with over 200 sharks and uncover the centuries of myths about these ocean predators.800 species of marine animal over 10 zones in 49 habitats.
Tetiba speaking london lak ciku today..haha.itu cp paste aje dr web RWsentosa .


Map of S.E.A  Aquarium

Tiket Masuk :
One day pass - 
Adult :$38  
Child (4 to 12 years old) : $28
Masa :10AM -6PM (lepas bekfas terus masuk le)

Ataupun 

Multi-Park Pass

Buy a Multi-Park Pass and save 10% off ticket prices when visiting two or more of our fantastic attractions.
ParksTicket TypeAdultChild
(4 to 12 years old)
S.E.A. Aquarium™
+
Universal Studios Singapore™
One Day Pass$100$74
Two Day Pass$163$120
S.E.A. Aquarium™
+
Adventure Cove Waterpark™
One Day Pass$67$49
Two Day Pass$110$80
S.E.A. Aquarium™
+
Adventure Cove Waterpark™
+
Universal Studios Singapore™
One Day Pass--
Two Day Pass$217$159
 
Ciku amik pakej ke 2 untuk budak sahaja sebab USS dan adult untuk adventure cove dan sea aquarium dah settle masa pakej online sebelum datang cni.
Dan ianya include admission to the The Maritime Experiential Museum so kami terjah sekali ke museum maritim ni..banyak sesngat kapal beso kecik ..kapal yang macam jong besar macam betul betul pun ada.bebudak ni seronok la..kami pun teruja la tengok sejarah laut dunia .

anak anak dh tak sabo sabo nak masuk


Ada shark bawah kaki kami.


ni macam kat KL Aquaria tu




Tak sabo sabo nak g tgk the real shark

Tempat staff depa cek beg..kami bawak mineral je pun.
Isi perut kenyang kenyang masa bekfas.

Stingray - kami tengok je dari jarak dekat dan jauh..nak pegang kena bayar..hoho.takyahla.


Maritim museum..tengok tengok masa nak masuk dan keluar S.E.A AQUARIUM







ciku dan famili siap bersila tu - teruja tengok shark,dolphin dan pelbagai lagi spesis laut.




Dalam tu , selain yang macam dalam gambo tu ada restaurant gak .Ada restaurant (Ocean Restaurant) and a quick bite corner (S.E.A.side Snacks) . Tepi tu ada toilet..sebabnya anak ciku nak g toilet so ciku bawakla anak pg toilet dan patah semula ke hubby n the grup.Dalam S.E.A Aquarium ni ada part or zone yang golap.Tapi ok je.sebab nampak cahaya lampu ikan ikan tu.Dalam S.E.A Aquarium ada makanan yang dibolehkan bawak masuk mcm air mineral..hihi.

Kami keluar dari situ dalam pukul 3 petang ..ntah apa yang lama bonar..bebudak ni suka teruja tengok ikan shark,dolphin dan lain lain tu.Masa dulu g Redang ,Tioman dan Aquaria KL tak nampak shark..tu depa teruja bonar..hihi.pastu dapat pegang tapak sulaiman..anak ciku yang kecik siap bengkok bengkokkan tapak sulaiman tu..adoila .Staff situ gelak je maybe dah ramai budak teruja gitu.nasib tak dicampak keluar je..haha.

Grup kami 3 famili..tapi satu lagi grup dah kuar awal ..maybe tak sut kot ngan jiwa anakanak depa..hihi.Okeh amik gambo tak abisabis kat situ sebelum kuar..ntah bila nak pg lagi..hoho.
Lokasi nya sebelah je nagn Adventure Water Cove (ni boleh main air macam sunway tu..cuma banyak spesis ikan termasuk dolphin- best ever)
Alhamdulillah :)

Nasi ayam penyet hentian kajang

Salam,




1) Best giler lauk pauk ni dan murah berbaloi.Ciku paling suka pecel lele dan tempe goreng halus tu dan jugak sambalnya.Memang asik teringat aje tempat ni. Kami biasa amik 2 ayam bakar madu ,2 ayam penyet,1 pecel lele.Air teh o limau ,air teh o ais ,air milo ais , air kosong tapi majoriti suka makan pecel lele.hihi.Sup dia pun sedap..simple je.Total = RM42.00
Boleh je google citer pasal ni..:)

2) Okeh pastu hari bila ntah sebelum tu ..kami g terjah jalan jalan cari makan kat area damansara perdana. Skohns Canteen sebab ternampak dalam TV3 ..cam best je berger nye..so kami gunala waze untuk ke sana..sampai je dalam pukul 4..orang tu kata our kedai udeh tutup..haha.sedihnyala.kecik je pun kat dalam the place.

Skohns Canteen
Address : Lot G-13, Perdana The Place, Jalan PJU8/5G, Damansara Perdana 47820 P.J., Selangor

3) So putus harapan g le cari tempat lain nak makan so nampak kedai bergerbyte also kat damansara perdana tapi tutup gak ..naper ek..?aduila.ropenya bila tengok kat google timing salah..adui..naperla.maybe takdo rezeki kan .
 Bergerbyte
Address: No. 10, Jalan PJU 8/3A, Bandar Damansara Perdana, 
                47830 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Opening Hours: 1700 - 0100 Daily

Telephone: 1300 88 2983 (Toll Free)

4) Lastnya cari Mohammad chow restoran.Jumpa dan rezeki kami pada hari itu makan di sini aje..the best is menu butter prawn milk source dan kailan ikan masin..ratah gitupun sedap termasuk anak anak ciku yang susah bonar nak makan sayurpun teruja makan.lain lain menu ..ikan kerabu bangkok stim,ayam lemon.air teh tarik,milo ais,kedondong.asam boi..nasi 5 pinggan . Bihun singapore dan kuey teow seafood bungkus(hihi sebab nak merasa) .
Kami sebelah meja ngan Qi jalan jalan cari makan tu.
Boleh tengok list menu di fb nya


Mohammad chow Restaurant  (chinese muslim Kitchen)
address :
3-1, Jalan PJU 8/5H Damansara Perdana Business Center, 47820 Petaling Jaya, Malaysia


But for me and famili the best ever dan murah adalah ayam penyet hentian kajang ..walau tempatnya takdela gah sangat dan penuh ngan orang tapi sedap sesangat bagi ciku la..orang lain tak tau.Tapi bergerbyte damansara perdana tu ..terasa cam nak g terjah semula je.hihi. Dan ayam penyet hentian kajang ni pasti akan repeat lagi.InsyaAllah.
Okeh sudah abis citer jalan jalan cari makan makan.

Friday, December 6, 2013

Langkawi Ferrero Rocher

Salam sabtu,


Ciku suka coklat ni aje..dalam bebanyak coklat ..ni je yang ciku boleh telan..tp TL dan anak anak sesangat suka makan coklat..pelik pelik..hihi.So tak nak membuang masa ..ciku stori ye..ciku tumpang order aje ngan member yang ke langkawi last week.

"Tolong belikan ferrero rocher 5 bekas..(30 pieces -satu bekas)..hihi..kalau tak boleh takpe..beli je 2 bekas..kalau bolehlaaa  belikan 5 bekas..haha.tak paksa.."  . Dia pun kata okla ciku..no hal jangan ko order kuali dah..haha.

Coklat 5 bekas tu ciku dah dapat..yeahh..terasa sangat terharu dan thanks a lot my klik.So harga satu bekas di langkawi yang member belikan tu ialah RM19.90.Dia kata dia beli di coco valley.Ontah ciku tak tau tak survey lak..cuma yang tau harga sana takla semahal di sini.itu aje.Sini RM45 (30 pieces)..ye ke ontahla.

So hari ni aje , 2 bekas dah totally missing dalam perut kami sekeluarga..hihi..bila baca blog sendiri ni rupanya dah lama ciku sekeluarga tak jejaki langkawi last ialah 2010..huhu.

url entry sebelum ini , bolehla terjah tengok:-
http://tanggadomino.blogspot.com/search/label/Cuti-langkawi

Thursday, December 5, 2013

Kopi uncang jenama cap cikgu

Salam.

Sekadar gambar hiasan

Orang kaya minum kopinya, minum secawan duduknya lama. Mereka minum kopi yang mahal berbincang-bincang tentang masa depan.

Orang miskin juga minum kopi, minum bercawan-cawan. Berborak masa yang lepas-lepas.

Anda minum kopi dimana petang ni...itu pilihan anda.


Pepatah diatas dicopy dari FB

Ciku semenjak balik kuantan tu jumpa kopi uncang jenama cap cikgu . Rasa cam mabeles je..hihi.Mudah dibuat gak.Ayat malas bancuh air..hihi tapi kopi ais kat basiroh ben thant tu sedap gak :)..ayat tetiba teringin nak g Ho chi minh ni..haha

Itu ajela entry today ,
***Semoga banjir dimana mana yang berlaku cepat surut dan menjadi elok seperti asal***

Wednesday, December 4, 2013

Cuti cuti pahang - terengganu

Salam,
Macam tipu je kan nak bercuti cuti di pahang -terengganu time banjir ni..hihi.29 november , Ciku dan keluarga besar ke jerantut pahang menuju felda sg tekam (dalam 16 orang -8 dewasa) , Kami tido di homestay suhaznik Bandar pusat Jengka. Ada kenduri kawin pada 30 november bebaru ni .Hujan lebat ,pengantin takleh diarak so sampai je kami di felda sg tekam tu ..terus makan je..first time ciku makan tak sudah sudah kat kenduri kawin..ikan patin masak tempoyak tersangat sedap "mabeles".settle hari kenduri kawin adikku itu..kami gerak terus ke gambang resort city..bercuticutila ..niat nak mandi waterpark bawak bebudak cuti sekolah ni sebab dah sampai situ esok 1 disember .Kami sewa homestay depan gambang water park tu..rm200 semalam.okla kan..ada 3 bilik 1 bilik aircond..rumah semi D.Besar hall nya.Bawak toto memasing.Ciku bawak beras dan beli telur ayam dan homestay tu ada rice cooker.Lauk lenlain beli aje. address : 

Info Homestay Berjaya , Bukit Gambang Waterpark (semi D)

Harga :

Weekend :- RM 180/night sahaja
Cuti Sekolah/public holiday :- RM200/night sahaja
Isnin-Khamis :- RM 150/night sahaja
Boleh dirunding jika menempah dengan tempoh yang lebih lama

Check-in   : 2.00 petang
Check-out : 12.00 tengahari
5minit= atm Bank Islam dan Bank Bakyat (bersebelahan Kolej matrikulasi Pahang)

Encik suhaimi -H/P No  : 013377813/0139818513

Address (boleh call untuk address lengkap) :
Taman Gambang Damai
23600, Gambang
Pahang


Malam tu di gambang homestay,famili ciku je keluar jalan jalan pekan kuantan (biasala kalau g cuti musti takleh duk diam dalam homestay aje) -kami g tgk teruntum ,sungai waterfront kuantan tepi perhentian bus lama tu ..pegi cari tempat makan "Cherating steak house " yang katanya sangat menarik kedai tu .Disebabkan ciku dah kenyang sebelum gerak kuantan dari gambang tu..so hubby n anak anak je makan.ciku cubitcubit ajela..hihi :) . Balik je homestay..1 bilik  terkunci dari dalam..hoho..baju baju mandi semua budak budak tu ada dalam tu..call tuan rumah..dia kata kunci spare takdo..huuhu.apapun tido je dulu kat area hall ..join the club kecuali ciku..ciku dalam bilik ngan kakak.Pepagi esok pakcik sedara bangun dan bukakkan pintu tu guna alatan dia..alhamdulillah settle.Tapi hujan lak renyai renyai kejap hujan kejap tak  ...so kami cancelkan niat untuk ke waterpark bukit gambang..so terus aje jenjlan pekan kuantan tempat masa kami adik beradik kecik kecik sekolah situ dan duduk situ area kem TUDM.Pujuk bebudak ni ada helikopter dan kereta kebal kat situ.hihi.okla depa ni makan pujukan..tapi ciku tau bebudak lain musti sedih.anak anak ciku ok kot sebab baru balik dari wterpark singapore tu..sian lak yang lain.
So since plan berubah ,kami terus ke kem TUDM kuantan tempat kami tinggal duludulu..makayah sangat seronok..kami kena tinggalkan IC di pondok jaga tu dan masuk..ciku tanya kat tentera tu pasal amik gambo..dia kata setakat rumah dan sekolah saje ok..okla kan.Dulu ciku dan adik beradik sekolah di SRKPT kuantan.Best dapat ke sekolah semula dekat je dgn rumah lama tu.Mengimbau kenangan sekolah rendah.

Settle ,kami teruskan perjalanan ke TC-teluk cempedak ..makan makan lunch..hari panas je.alhamdulillah.makan untuk 16 orang tu hampir RM200 ..kongsi kongi bayar ngan adik beradik.nasi asik mintak tambah je..hihi. menu ikan stim,ikan 3 rasa,telur dadar (2) ,tomyam putih (2),sayur kangkung,sayur kailan,singgang ikan(2) -sume size beso..lapo le katakan.oo..air wat jug limau dan tembikai .sedap .sementara tunggu makanan sampai tu..jenjalan le bergambo kat TC tu dan ciku beli satu fridge magnet siput rm4..anak ciku lak mintak gelang ada nama nama tu..adoi ..dahla mahal dan tak berbaloi..hihi..beli ajela .rm14 .harga ikut huruf.

Kami g sekolah rendah fakeh ..dulunya sek rendah bt 8 tempat ciku sekolah gak area taman tas dan sri damai..ciku ngan makayah penah duk sini gak..dah lain..kuantan dah banyak jalan one way.kami teruskan dari TC tu ke POLISAS tempat kakak study..dia nak g mengimbau kenangan la tu..haha.amik amik gambo .Pastu kami teruskan perjalanan ke kemaman sebab ciku nak g cari karipap ikan dan satar kemaman n also kepok leko .Rugila g pantai timur dok singgah beli benda benda alah ni.Kami singgah masjid geliga dan solat lepas tu ke aziz satar kemaman beli dan makan apa yang patut..hujan dah tetiba lebat .Orang tersangat ramai  kat kedai tu tapi ciku dan 16 orang kami ni dapat seat.alhamdulillah.Ciku beli wat bekalan gak..kepok leko dan satar serta pulut inti ikan tu.sedap cuma karipap ikan je abis..takdo rezeki. On the way balik ke kuantan..kami singgah cherating beach. Rest di cherating bali chalet area duyung chalet -RM 180 satu chalet.ada 2 katil Queen dan mengadap laut..cuaca masih elok..hujan renyai renyai.
Kami beli aiskrim 3 kon tu..lama tak makan aiskrim gitu..hihi.ayah ngan mak pun turut makan..:)

1/12 - Lepas magrhib ciku sekeluarga sahaja balik ke KL semula ..hujai renyai renyai je time tu..jem lak kat area tol bentong -genting sempah dalam 20km..adoi cam nak muntah dah..Ciku kena balik malam tu gak sebab esok pagi tu ada miting koje yeop. sampai je kat genting sempah ..dalam pukul 11 lebih kot kami tido kat tepi jalan ..banyak je kereta tido situ..ngantuk ssgt my TL.last last alhamdulillah selamat sampai ke rumah destinasiku dalam kul 2 pagi kot.Tido tido ..bebudak memang dah tido lama dah tak bangun dalam kereta. Esok koje pepagi ada odit..alhamdulillah settle..

2/12 - Famili lain balik -kuantan dah banjir .Depa stranded kat area mana ciku tak pasti depa ikut jalan nak ke bahau .Alhamdulillah sume selamat sampai ke destinasi masing masing.

3/12 -Kecuali makcik dan pakcik yang sesamaa dari homestay gambang hari tu terus ke kuala terengganu pada 1/12 .sampai sekarang belum boleh balik ke KL..masih di jalanraya ..takleh mauk hway KL..ciku takpasti ..masih menunggu berita.Harapan moga semuanya selamat dan pulang ke destinasi .

Rentetan perjalanan cuti cuti 
16 november -Mencari nasi mambau n9 ,
                      kluang station ,
                      Johor Premium Outlet,
                      Legoland(pintu masuk je),
                      Restoran Qaseh Bonda di Kg tebing runtuh , Gelang patah
                      Hotel Rasa Sayang JB,
                      Restoran Singgah Selalu area Danga Bay

17 november - Festive Hotel Resort World Sentosa, singapore     
                       Adventure Cove Waterpark ,singapore 

18 november - Universal studio singapore
                       
VIVO CITY by
Sentosa Express (include pakej).
                       Crane Dance show in singapore
                       Show lake of dreams (ada dragon berapi) -waterfront ,singapore

19 november - Hard Rock pool singapore
                        SEA Aquarium singapore
                        Restoran asam pedas  madu tiga , exit tol kulai
                        Nasi beriyani herba Nasuha ,pagoh

20 november - 24 november - kenduri kawin adik di Ipoh ( balik kg )
25 november -28 november -koje koje
29 november - 30 november -Jengka pusat
                                                Homestay Suhaznik di Felda sg tekam 
30 november -1 disember -    Perjalanan di kuantan dan kemaman ,Teluk cempedak ,POLISAS,Kem TUDM,Taman Tas,SRKPT,SMART(tak jumpa ),sek fakeh bt 8(area sri damai),cherating steak house,Masjid geliga kemaman ,aziz Satar kemaman ,cherating chalet.
2 disember - koje koje di KL dan kuantan kemaman banjir.

Alhamdulillah settle sume percutian akhir tahun.Bleh mendobi dan rest sambil tengok banyak movi tertunda (maharaja lawak mega ,running man ,the heirs..hihi).hoho..baru terasa penat dan mood pengsan.
   
**ps tambahan : acu dan pakcu kami yang bermalam 1 hari dijalanraya disebabkan banjir pantai timur kuantan /terengganu dah boleh masuk hway Jabor ke kuala lumpur pagi ni.alhamdulillah. 

Orite tepek pic lak sikit ye


         

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...