Thursday, June 16, 2011

Sembuh dengan berjalan kaki

Cubala jangan tak cuba..jangan lak jalan kaki  jauh sgt dari JB ke Korea lak..huhu..

1. Serangan Jantung :
Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.
**kejap lagi aku g jalan jalan kat alamanda ye..hehe**

Monday, June 13, 2011

Kemuncak Maharaja Lawak

Tak sabar nunggu kemuncak program Maharaja Lawak yang akan diadakan pada 24jun ini. Kami sekeluarga tersangatla suka menonton maharaja lawak tak kira beberapa kali duk ulang ulang tayang kat astro warna..mmg tak rugi aaaa...
Jambu, Jozan,R2,nabil,sepah..tak kisahla saper menang sb mmg sume best..harap yg no 5 pun diberikanlah hadiah..mmg tergelak tergolek kami kat rumah tgk sambil nengok cucur bilis..(asik cucur jek..ehhe)...balik keja jek tgk astro warna..duk tgk kalau kalau ada ulangan lagi..anak anak aku pun duk setempat jek kalau tgk maharaja lawak ni..yg si kecik pun tergelak gelak..bayangkan anak kecik aku umo 3 thn tu tergelak gelak tgk ...ammmbuuu..ammmbuu(jambu)..best aaa..maharaja lawak.harap depa dpt buat yang lebih baik dan terhebat di final kelak..Good luck to all.

Sunday, June 12, 2011

CJ the Animated Movie Cartoon




CJ 7 kembali lagi dalam bentuk animasi . Kisah mengenai seorang ayah dan anaknya yang tinggal ngan energetik tinggal dengan makhluk asing bernama CJ 7. Mereka hidup dalam keadaan miskin. Pic tu aku amik kat pakcik G..aku tak paham bahasa cina tp ada subtitile so okla sama case la ngan tgk citer korea..hehe..
aku tgk kat tv 611 astro ceria..jangan tak tau ..aku peminat citer cartoon gak dan sgt suka stephen chow gak sejak tahun 1995..uit lamanya. akupun dah beli byk cd n dvd yang stephen chow berlakon... Itu antara movie yang kami tgk sekeluarga ulang ulang time cuti cuti cam ni..tgk movie kat rumah je sambil makan makan cucur udang sedap itu pun kalau tak keluarla.hehe

Tuesday, June 7, 2011

Sambal bilis tempoyak vs hitam manis

Sambal bilis Tempoyak




Tetiba hari ni aku cam terliur nak makan tempoyak masak..
aku tak berapa suka makan sambal tempoyak tumbuk dan gulai tempoyak..tapi kalau sambal bilis tempoyak masak ssgt feveret dari kecik sampaila dah tua ni..hehe.
bahan bahan :
Serai diketuk 2 batang
ikan bilis
Cili merah dan cili padi tumbuk ,atau cili boh jek
garam n gula
daun kunyit sehelai
kaedah masak aku:
grg ikan bilis asingkan , buang minyak ikan bilis tu sikit pastu tumiskan cili merah yg dah ditumbuk atau cili boh..ikut suka korang la. Tumbuk skit cili padi gak.pastu kacau kacau..pastu masukkan daun kunyit dan serai yg dah ditumbuk tadi..masukkan tempoyak ..(ikut suka gak )..aku suka byk tempoyak.
pastu kacau lelama samapai rasa dah masak ..dan boleh dimakan bersama nasi panas dan kicap.


Sambal hitam manis

ni ikan bilis untuk anak anak ciku lak..hehe..
bahan bahan :
ikan bilis
cili boh
gula garam
kicap
bawang besar 
daun sup
kaedah:
grg ikan bilis sampai garing jgn hitam yek..haha
pastu letak sikit jek cili boh atau cili kering blend
letak bawang merah dah siap hiris halus
pastu letak gula sikit jek..nak bg dia melekat sesama sendiri pastu letak kicap manis
last sekali  letak daun sup bg ada rasa sup sikit..haha..resepi ni anak ciku 7 tahun pun boleh masak.ssgt simple.

so hari ni..sume keluarga ciku makan lauk ikan bilis aje..haha.my feveret ..ikan bilis n sotong

Monday, June 6, 2011

Cinderella Man



Citer ni dah lama aku amik tapi tak sempat nak tgk..tadi tetiba tertgk kat tv 114 tu so cam biasa la , aku kalau nak tgk citer citer episod ni nak cepat cepat abis n tau ending.so start ari ni tgk cinderella man with my hubby.






Ia berkisarkan 2 laki muka sama..maybe twins terpisah..sorang orang kaya sorang orang susah .heroin dia lak..orang biasa yang belajar kat paris (fesyen designer ) tapi tak abis sb ayah dia mati (kasar lak ayat ni..hehe)..jalan cerita biasa jek tp nak tgk gak..ntah.biasanya perempuan je jadi cinderella ni tepat kul 12 malam bertukar tu.pastu aku suka hero dia n heroin tu la..


Kwon Sang Woo sebagai  Oh Dae San / Lee Joon Hee
Im Yoon Ah sebagai Seo Yeo Jin
lain lain tak kenal..hehe

Saturday, June 4, 2011

Sinopsis Kitab Cinta



Aku tetiba terpanggil untuk tengok cerita ni..berlatarbelakangkan pengkajian banda acheh yang dilanda tsunami seketika dulu.


Di tayangkan di tv Al Hijrah (saluran Astro 114 atau 994) pada 2hb Jun jam 8.30 malam Setiap rabu hingga jumaat so sebelum maharaja lawak..hehhe. Drama arahan Erma Fatima ni diadaptasi dari sebuah novel Kitab Cinta tulisan Taufiqrahman.

Kitab Cinta banyak buat pengambaran di Acheh, suasana kampung yang damai dan tenang sangat cantik, anda boleh saksikan dalam promo drama baru Erma ni.

Pelakon dalam Kitab Cinta ni ialah Hardy Hartono Danurussami sebagai Wali, Fazura sebagai Mustika, Feri Agus Suriandi sbg Irfan yang lain ntahlah tp nampak ada nama neolofa tapi tak tau yg mana satu dlm cerita ni.

berkisarkan Fazura seorang pelajar di institut pengajian tinggi Islam tersohor Malaysia telah ditugaskan oleh pensyarahnya bersama dengan rakan2 nya yang lain untuk mengkaji tentang Bandar Acheh selepas dilanda Tsunami.

Mereka hanya bertudung kerana mengikut undang2 tempat dia belajar yang mewajibkan pelajar wanita bertudung dan menutup aurat.

Setelah waktunya tiba mereka pun berangkat ke Acheh.
Di sana mereka dibimbing oleh seorang anak muda indonesia.
Abang Wali namanya...so diala yang banyak tolong tunjukkan jalan serta bagi penerangan sikit2 kat sana tu..abg wali tu orang kampung byk bg ceramah agama kat sana dan diminati oleh gadis sekampung dia gak..pastu ada la dengki dengki fitnah..kawan makan kawan..apa lagi daa..aku suka la jalan ceritanya..nnt sambung daa..sb mmg citer ni sambung..depa balik malaysia lak nnt.aku dah terbaca sinopsis cerita sampai abis lak..ending dia best so gud to see..heehe

Ada serba sedikit dialog yang aku kurang masuk ngan pendapat otak aku ni tapi takpela..akupun bukan pandai sgt bidang ni..apapun tgk movie ke drama ke harap tidak terpesong akidah dgn dialog depa.Rasanya sume drama ditayangkan telah ditapis oleh bhgn berwajib agar tidak terpesong akidah..hoho..sekadar pendapat.tak sabar nak tunggu rabu next week..





Friday, June 3, 2011

Ben ashaari dalam majalah






Aku tercari cari majalah rapi lelama..tetiba terjumpa artikel ni..wahh..mmg glam la orang ni.orang len dah tau..aku je baru tahu..aku mmg feveret majalah rapi ni.
kenangan di majalah rapi
Aku suka tulisan dia nih..mmg tampak ikhlas.
“Mungkin anda sukar untuk percaya, tetapi menulis adalah jiwa saya. Di sekolah dulu, subjek Bahasa Melayu adalah subjek pilihan. Menulis puisi dan sajak pula memang hobi saya. Kini, minat tersebut saya zahirkan menerusi penulisan blog. Saya menulis bukan untuk mencari populariti. Saya menulis jujur dari hati sekadar melahirkan pendapat, idea dan pengalaman sendiri. Dalam masa yang sama, saya mahu pembaca juga sama-sama mendapat manfaat daripada tulisan saya.

aku mmg suka beli rapi tapi camana leh terlepas pandang yang ni..hiks..sebabnya dulu aku tak kenal siapa ben ashaari ni (blogger terkenal) sb aku baru lagi berblogging awal thn 2011.
byk gak aku nak cari nih kat blog ben ashaari ni..ilmu ilmu blog.
wahh..cam serius jek bunyi berblogging ni.

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...