Sunday, April 10, 2011

Pasta aglio olie -udang dan terung


Tak nampak lak udangnya ..hiks

Selalunya kalau aku teringin nak makan aglio olie ni..aku terjah ke wadihana islamic kitchen kat bangi tu.Walaupun mahai aku sanggup g kalau teringin bangat..lelama aku rasa aku kena try test masak ni..tgk cam senang sket sb tak main cheese n susu so i try my best to do that recipe..tetiba ckp omputih lak ni..makan pasta kan..western gitu...hahaha

Terus ajela yek.
Bahan bahan diperlukan
Bawang putih ditumbuk / dirincih halus
Terung dipotong dadu
Cili merah dihiris halus
Daun oregano
Daun Rosemarry
Spaghethy/pasta direbus ngan olive oil
Udang hidup buang kepala dan kulit separa(kat ekor tu takyah buang)
Batang sup(kalau nak letakla-ala ala melayu lak)

Kaedah masaknya
Letak olive oil dalam kuali untuk tumis bawang putih sampai kuning
masukkan cili merah
masukkan daun oregano dan rossemarry dirincih halus
masukkan udang tadi ikut suka la nak byk ke sikit..
masukkan terung dipotong dadu tadi
tumis sumenya pastu masukkan garam dan gula secukup rasa

akhir sekali goreng bahan bahan tumis ni bersama spaghethi/pasta yang telah di rebus tadi.

bolehla dihidang ..sangat mudah dan tangkas..yang ada anak kecik lagi mudah ni macam aku.aku mmg suka keja mudah dan cepat.
selamat mencuba.

Thursday, April 7, 2011

Jejak kasih Melaka

Tak sangka jumpa kawan lama kat sini ..ina tanah merah.
satu sekolah ngan aku masa form 4.last jumpa dia masa form 5..pastu dia balik ke kg asal..klate.tak jumpa jumpa dah.
ntah camna dia jumpa seseorang yang kenal aku so dia mintak no phone..tepon tepon ..kamipun berdate semalam dengan keizinan hubbyku sementelah aku berada di melaka atas urusan kerja.
lamanya tak jumpa ..lesung pipit dua belah kat pipi dia masih ada..(memangla)hehe.macam macam stori mori citer..dari citer IPT ,ke camna kawin..kawin ngan saper..camna jumpa suami ..haha..anak..studi,kerja..macam2 la..kami date kat KFC mahkota parade melaka pastu g tepi laut..bestlak..terpisah lama akhirnya jumpa di melaka.hampir 3 jam non stop sembang.haha..teringat zaman sekolah sekola dulu..kami sesama anak tentera so g sekolah sesama.rindu saat tu. Alhamdulillah Allah ketemukan kami.
Nnt nak bawak famili aku jumpa famili dia lak.Memanjangkan silaturahim.insyaAllah
Hari ni aku jumpa balik gak kawan aku masa sesama menunaikan umrah dulu di mekkah.Dia tegur aku di mekkah ..katanya "cantik sungguh kamu.." aku jawab alhamdulillah.aku kata dia lagi cantik..(aik mcm citer perasan puji memuji lak ni..citer apa ni haha)
apapun itu semua anugerah sementara yg Allah bg.Alhamdulillah aku hanya insan biasa.orait sambung keja .

Wednesday, April 6, 2011

JaLAn jAUh

Salam,
Antara tempat impian ciku



Italy Rome Colosseum

Bridge grand venice italy


Sangat cantik bumi Allah
Venice italy

Monday, April 4, 2011

ICT Shah Alam lampu lampu

Tanggal 3/4/2011 sempatla aku menyinggah kat sini ngan famili.
Kami pergi lepas maghrib tu pastu balik dari sana kul 11.20 malam..kami tapau nasi arab kat Al-Rawsha.
cam biasa menu nasi mandy dan kabshah.(chicken) ...lamb no no no.
Air jus anggur jek kat warung pak din kat area ICT ( rm1.50) gak plus mineral.
sampai rumah bebudak dah tido ..penat amat.aku pun termengah mengah jalan kat ICT..haha
ada snowwalk kat sini..okla.harga dia mahal sket..Rm25 (dewasa) rm20(budak) pastu belum plus baju sejuk,sock,kasut, ear apa ntah..dan lain lain.sume berbayar walaupun sewa..baikle bawak sendirik.kami tak masuk sampai ke dalam snowwalk tu sb tak bayar.hiks.duk tepi main ais salji jek pastu bersnap snap pic..okla gitu.
ada tempat haiwan haiwan gak..ada 100 haiwan..org tu kata ntah betul ke idak.aku tak masuk sb dah lewat pastu aku rasa baik g zoo kalau nak tgk haiwan haiwan ni.lagi besar.hehe..sebenarnya sb kena bayar.
Ni antara pic yang aku telah pilih utk tepek kat blog entry today.

sini masuk kena bayar rm3 sorang.


Nak letak gak pic ni walaupun hitam..hehe





ni le main ais salji jatuh jatuh atas kepala depa ni.habib takut..dia duk tepi je


****SEKIAN***

Saturday, April 2, 2011

Myeg kah itu?

Myeg...myeg..myeg..myeg
Sebelum g travel kena cek saman..ala ala ala..betul ke?
Aku yakin ramai yang dah tau pasal myeg ni tapi aku jek baru nak stori takpela yek.
macam macam masalah aku dgr myeg boleh settle masalah jalanan. dari saman laju, saman parking, bawak kereta tp saman tak pakai helmet..hehe..ada ke gitu sampailah ke renewal road tax sume dah boleh buat kat myeg online ni.aku rasa ia memang bagus dan berbaloi.tk perlulah kita nak g jejauh semata mata nak renew road tax.almaklum orang kita ni kan selalu sibuk .kalau boleh sume nak online.mudah ,tangkas dan tepat.
Kalau pasal urusan busan maid pun ada.

nak cek SMS 

:: JPJ SMS ::


Check your driving license expiry date, kejara points, class, JPJ summons status through SMS.

Key in jpj<space>your IC Number
and send to 37773
Example: jpj 660104084938
and send to 37773
nak tahu url tu dia :alahai buat carian kat pakcik google pasti kuar nya la.saja je aku nak tepek sini.
Lihatlah saman anda seperti mana aku kena samankah!!heehe


Friday, April 1, 2011

Rebak Langkawi - kenangan APRIL 2010

Saja nak paste pic pergi Taj hotel bkn taj mahal india tu.
Taj di rebak langkawi.

Pergi kali kedua..yang pertama honeymoon with my hubby so second time bawak anak anak lak.
very nice view..cantik.
teknik pic yang biasa di snap..kali ni eagle tu duk atas tangan aku..tapi tak real sgt..yg pic sebelah tu bot yang kami naik tu dah sampai.kat sini aku wat besday hubby n raudhah anak perempuanku.simple simple je tp best..tq taj hotel.

biasa le aktiviti berendam..pasti..kami byk habiskan masa kat taj hotel rebak island ni jek ..tak kuar sgt ke pekan langkawi..tu sb pic ke pekan kurang.tempat ni ada kitorang je famili melayu situ.siap melayu yang bawak bot tu kata ..keja sini ke..ahaha..ada pulak..mesti dia igt aku cheff kot..haha..


nampak view kapal kapal layar ..cantik.aku cam nak naik je kapal ala ala titanic tu...tp takut gak tetiba langgar ice..hehe
lepas tgk kapal ni ..kami dibawa tgk sekitar pantai dan spa..dan the best is kiddies club nya..aku pun main gak..ada macam macam permainan kat sini..last sekali kami g tgk komodo cam biawak tu..ramai pelancong tunggu nak tgk termasuk kitorang..aku duk bayangkan biawak jek..takut pun ada..kelakar pun ada..mcm tak penah tgk biawak lak aku..beria ria tunggu sesama ngan pelancong2 asing tu..haha

Gambar rumah tu tempat kami bermalam dan berehat..tu kaki ciku..sj sj tayang kasut kat sana..aku pakai itu aje la..MUDAH.COM..haha


aku sertakan sekali alamat ye kepada sesapa yg nak pergi sana..mmg
""Peaceful n Amazing""


Rebak Island Resort Langkawi - A Taj Hotel
PO. Box 125 07000 Kuah
Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman



 http://www.langkawi-resorts.com/rebak/

Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...