Wednesday, March 23, 2011

Ayam Penyet AP

Tepek dari site Ayam AP

Terasa nak nya la pergi hari ni tp tp tp...saper nak bawak aku???
huhu..sekarang telan air liur jek.tunggu hubby or klik la nak bawak atau naik komuter(bersungguhnya aku..haha)

Dulu lepas hubby balik dari surabaya , dia  ajak makan ayam penyet aku tak nak..dgr tajuk jek cam gerun jek..ayam penyek penyek..pelik pelik.aku makan ns g.cina,ns g. kg...ala ala yang biasa ajela kalau jenisnya nasi la.

Pastu bila aku g Jeddah...kami di bekalkan nasi ayam penyet oleh mutawwif indonesia..aku tak makan gak tp aku nak rasa..simpan jek pegang gendong..bila malam tu ..baru aku makan..dalam keadaan xberapa lapar tu aku makan gak nasi AP ni./.Ya Allah..sedap nya..alhamdulillah dapat gak aku merasa nasi AP ni so bila aku balik mesia nak carila ns ni..ada makan kat bangi hari tu..tk igt nama kedai..tk de la sedap sgt..pastu aku baca blog sumi 
aku musti cuba test try..apa apa jela.

Ada kat shah alam.cek cek kat Outlets Ayam AP..
dah macam promoter lak aku.Okla aku nak outs dah..jom lunch!!

Tuesday, March 22, 2011

Kurang tidur punca gemuk!

Apabila berat badan bertambah, boleh dikatakan semua orang risau, tetapi tidak ramai mengambil langkah proaktif untuk mengelakkannya daripada terus bertambah. Rasa panik biasanya terbit apabila baju atau seluar sedia ada menjadi ketat atau tidak boleh dipakai lagi.

Soal berat badan berlebihan adalah isu global yang dihadapi hampir setiap orang. Apabila tiba ke tahap itu, ramai mencuba pelbagai produk untuk kembali ke bentuk badan asal, tetapi ini bukan langkah terbaik kerana lemak terkumpul tidak dapat dipecahkan melalui penggunaan ubat sapu atau minum jus tertentu.

Tabiat makan juga mempunyai pengaruh besar terhadap pertambahan berat badan. Ada orang mendakwa hanya makan nasi sekali sehari, tetapi berat badannya tetap bertambah. Ada pula yang makan tiga hingga empat kali sehari, tetapi kekal langsing.

Banyak faktor menyumbang pertambahan berat badan, tetapi yang utama ialah pilihan jenis makanan dan kekerapan melakukan senaman. Kedua-duanya ada kaitan rapat.

Katanya, jika tidak bersenam dan kurang bergerak, baki tenaga yang diperoleh daripada makanan akan disimpan sebagai lemak di bawah kulit. Proses ini lama kelamaan menyebabkan berat badan bertambah.

Namun, ada lagi faktor yang boleh merangsang pertambahan berat badan, iaitu kurang tidur dan terlalu lama dalam persekitaran berhawa dingin --->mmg amat sejuk at one time kdg2. Tidak cukup di pejabat, ada yang memasang alat pendingin hawa di rumah. Malah, tekanan di tempat kerja atau masalah peribadi sering membuat ramai tidak mendapat cukup tidur.

Berdasarkan laporan penyelidik dari Universiti Alabama, Birmingham, Dr David B Allison dalam Jurnal Obesiti Antarabangsa Jun lalu, kajian ke atas haiwan dan manusia di Amerika Syarikat mendapati kurang tidur meningkatkan selera seseorang dan merangsang dia untuk makan banyak.

Malah, ada pakar pengurusan badan menyarankan individu yang mahu mengurangkan berat badan supaya mendapat cukup tidur iaitu antara tujuh hingga lapan jam sehari. Satu kajian lain menunjukkan, individu yang tidur kurang daripada empat jam sehari mempunyai risiko 73 peratus untuk mengalami obesiti dan 50 peratus bagi mereka yang tidur hanya lima jam sehari.

Apabila kurang tidur, badan kurang menghasilkan hormon leptin, iaitu sejenis protein darah yang bertanggungjawab mengawal selera dan rasa lapar. Paras leptin yang rendah ini menghantar isyarat ke otak, memberitahu badan kekurangan makanan dan seseorang individu itu perlu makan lebih banyak, walaupun dia sebenarnya kenyang.

Jika masalah kekurangan tidur ini berlarutan, penghasilan leptin juga semakin berkurang dan keinginan untuk makan bertambah tinggi. Malah, kekurangan tidur juga meningkatkan paras grehlin iaitu sejenis bahan yang meningkatkan keinginan untuk makan.

Masalah ini kerap berlaku pada musim cuti atau perayaan kerana ketika ini kebanyakan orang tidur lewat. Apabila lewat tidur, masa yang ada biasanya diisi dengan aktiviti membabitkan makanan.

Terlalu lama dalam perkitaran berhawa dingin juga boleh merangsang selera seseorang. Dalam keadaan sejuk, badan terpaksa membakar lebih banyak kalori untuk mengadaptasi dengan persekitaran dan ini sebabnya kita cepat berasa lapar dalam suasana sejuk.Sebaliknya, keinginan untuk makan menurun dalam cuaca lebih panas dan lembap.

Selain itu, pengambilan ubat-ubatan seperti anti kemurungan boleh meningkatkan selera makan. Malah, ramai merungut berat badan mereka bertambah selepas berhenti merokok. Nikotin dalam asap rokok sebenarnya mengurangkan selera makan.

Apabila bekalan nikotin terhenti, baru perokok dapat menikmati keenakan sebenar makanan. Bagaimanapun, ini hanya kesan sampingan sementara yang boleh dikawal dan ia biasanya berlaku dalam tempoh dua hingga tiga bulan pertama saja.

Pakar Tidur dan Pengurusan Berat Badan Universiti Arizona, Dr Philip Eiching, berkata antara kaedah yang digunakannya untuk membantu individu mengurangkan berat badan ialah menyuruh mereka mendapat cukup tidur iaitu antara enam hingga tujuh jam sehari.

Kurang tidur dan masalah obesiti sebenarnya saling berkaitan. Ini kerana orang yang obes biasanya mengalami masalah tidur berdengkur dan apnea (nafas terhenti sementara ketika tidur). Dengkur dan apnea boleh menjejaskan kualiti tidur kerana seseorang itu akan terjaga setiap kali nafasnya terhenti.

Antara cara lain yang boleh diamalkan untuk mengawal pertambahan berat badan ialah:

# Tidur malam mencukupi. Antara tujuh hingga sembilan jam (bagaimana pun tempoh ini berbeza mengikut keperluan setiap individu).

# Awasi berapa banyak makanan yang anda makan. Ini penting, terutama ketika majlis makan dan makanan dihidang secara bufet. Biasanya ketika ini kita terdorong untuk ambil makanan sepenuh pinggan. Ambil makanan yang benar-benar menarik perhatian kita saja.

# Bijak memilih makanan. Seboleh-bolehnya elakkan makanan segera, banyak karbohidrat dan lemak. Makan lebih banyak ikan, buah dan sayur.

# Bersenam. Jadikan ia sebagai rutin harian, walaupun ketika musim cuti. Bersenam akan membakar lebihan kalori yang masuk ke dalam badan. Berjalan selama 30 minit sehari dapat mengekalkan berat badan, tetapi jika ingin mengurangkan angka yang ada, panjangkan masa berjalan sehingga 60 minit sehari. Bersenam juga membuatkan anda tidur lebih lena.

# Elak minuman mengandungi kafein seperti kopi, teh, coklat, kola dan minuman keras. Semua minuman ini membuatkan anda susah hendak tidur.

# Jangan tidur selepas makan. Beri badan mencerna makanan sekurang-kurangnya tiga jam sebelum masuk tidur.



TIDO TIDO TIDO LA SHIELA...LALALALA

Saturday, March 19, 2011

Online Offer Pizza Domino 50%

Korang boleh layari website pizza domino..boleh  order online n get diskaun 50% utk yang kedua.
Antara promotion..ada byk lagi..macam macam


Tetiba aku lapar lak memalam nihh rasa nak makan domino pizza. aku kat kampung ni.
aku n famili palingla suka tuna temptation n extravaganza.
terpaling suka chicken crunchies spicy tom yam. ni bukan pizza..cuma side dishes jek tp aku mmg la suka..bila beli pizza musti beli cc spicy tomyam ni pastu aku makan dalam keta jek tak sempat sampai rumah dah abis.hehe.lagipun pedas seisi rumahku bukan makan pedas ni ..so aku je makan.
Kami jadi ahli domino putrajaya.sakan makan asik makan pizza domino bukan nak boikot pizza hut yek..sume sedap..rezeki.
so korang da tau sebab aku nama kan tanggan domino my blog ni..sebab aku suka makan domino pizza .Tangga tu sesaja la panjat tangga domino tu..tangga kejayaan..apa apa aann da.
sekian untuk cuti minggu ini.
selamat menjamu selera bersama domino pizza ye.

Friday, March 18, 2011

Cuti Sekolah!! jom tengok belon Putrajaya 2011

Jom jom ..aku n famili dah terjah ..korang bila lg?? aku pg semalam kejap pastu pagi tadi..so 2 x la..rumah aku dekat sini aje.
antara pic pic yang kami amik kat sini.esok lusa confirm ramai.
Bekfas dulu kat umai kat area monumen putrajaya 



50% diskaun naik cruise..okla bila lagi nak naik yang murah..time gini la.

ni apa ek nama mainan ni..ride ni dalam rm10.aku..tak nak..

ni cam best ..kita duk dalam bola tu.ada pelbagai saiz tp ni sesuai untuk budak sb tak masuk dalam air.

belon doraemon dan invader..cute n ganas

ni yang masuk dalam air lak.aku macam nak tp tak naik.

jualan jualan dan temapt gelongsor main gergasi tu.

ada byk lagi pic tapi takkan nak letak sume..apa tunggu lagi..jom jom jom
Kalau penat boleh duduk kat gerai gerai ni .toilet pun..kira okla.
17 /3/2011  - 20/3/2011
location presint 2 putrajaya.kat area masjid putra tu

Thursday, March 17, 2011

Dokumen yang diperlukan untuk daftar Prasekolah Kerajaan

Salam semua..
Kena sebut tu sekolah kerajaan..hiks.
hari ni..kami g daftar si raudhah..dah berapa hari asik tangguh jek.so minggu ni kena g gak..hari yg paling layak hari khamis sb sb sb..hari ni ada hot balloon putrajaya.td dah byk dah belon termasuk belon garfield (silap daa...doraemon la) .comel

Pepagi aku dah siap kan dokumen dokumen yang diperlukan untuk daftar anak perempuanku sorang ni.dia cam teruja je ..bila aku ckp nak jumpa cikgu baru dia..hehe

1) salinan dan asal surat beranak si raudhah
2) salinan dan asal IC mak ayah(akula tu)
3) salinan slip gaji
4) salinan bil utiliti(letrik/air .telefon)
5) salinan sijil nikah

tapi jangan lupa step memula daftar dulu kat  http://apps.moe.gov.my/sppm/  tu pastu emel notify akan diberi kat kita ..print dan bawak sekali kat sekolah nak daftar tu.pilih la sekolah mana mana yg dekat ngan rumah atau opis kita.terpulang.
orait..selamat bekerja pada sesapa yg kerja ye.

Wednesday, March 16, 2011

Nuffnang CPC (Cost Per Click)





Macam macam kaedah orang nak dapat duit dgn blog terutama dgn nuffnang , google adsence ..ntah apa lagi.
Aku rasa orang yang suka menulis tak perlukan dibayar . Ini semua minat seseorang dan luahan rasa seseorang itu menulis.
Tapi kat dunia ni ada macam macam jenis orang. Kebanyakannya kalau buat sesuatu perlukan timbal balik..cam sistem barter tu.korang ingat tak sistem barter..alahai jap jap jap..aku cari kat pakcik wikipedia..hehe.
sistem kalau orang bagi tepung..kena la bg apa apa lak kat dia..gula ke gardenia ke.apa apa je la.
aku cam biasa suka ssgt copy paste info info yg aku rasa aku perlu tahu dan korang..ntahla kalau korang nak tau ok gak.jemput jemput.
Bila saya boleh mula mendapat bayaran daripada iklan dalam blog saya?
Para Blogger akan mula menjana pendapatan apabila iklan disiarkan daripada pihak Advertiser kami. Secara umumnya terdapat dua jenis iklan berbayar: CPC (Cost Per Click) dan mCPM (Metered Cost Per Impression).
Iklan CPC disiarkan dalam setiap blog rangkaian Nuffnang yang telah memilih opsyen "Papar iklan Global CPC", yang boleh dipilih di dalam halaman Pengurus Blog di bawah kolum "Pilihan Iklan" (Ads Preference). Iklan CPC hanya disiarkan ke dalam blog yang tidak terlibat dalam iklan mCPM pada masa yang sama. Bayaran akan diberi berdasarkan jumlah klik unik terkumpul daripada setiap iklan CPC yang disiarkan.
Kempen mCPM membenarkan pihak Advertiser memilih senarai blog yang akan memaparkan iklan mereka. Pemilihan berdasarkan beberapa faktor seperti demografik pembaca, lokasi ruang iklan, status keahlian dan jenis unit iklan yang tersedia. Klik tidak diperlukan untuk menjana pendapatan, tetapi anda boleh mendapat bonus sekiranya markah CTR (click through ratio) anda tinggi.
Sekiranya anda ingin menjana pendapatan iklan CPC sementara menunggu blog anda dipilih ke dalam kempen iklan mCPM, pastikan anda memilih opsyen "Papar iklan Global CPC" (Show Global CPC Ads) di dalam halaman Pengurus Blog.
Getting Started Image
Setelah pendapatan anda mencapai minimum RM50, anda boleh memilih untuk mengeluarkannya ke dalam bentuk cek bayaran.

INGAT capai RM 50 baru leh mintak duit yek..jangan baru ciput tetiba salahkan nuffnang naper tak bayar..hiks.
Sama sama la kita berblogging. Tentukan sebab musabab anda berblogging.

Monday, March 14, 2011

Umrah 2011

Assalamualaikum 

Alhamdulillah.Perasaan ciku memang macam tak percaya dapat ke madinah dan melihat tersergam kaabah , mekah menjejakkan kaki di masjidil haram dan masjid nabawi yang selalu ciku baca melalui buku buku dan kitab kitab sahaja kini ada di depan mata . Alhamdulillah ciku senantiasa dipimpin suami ketika berada disana dengan izin Allah. Rezeki Allah bagi untuk melangkah melihat makam ya Rasullah kekasih Allah..kala ini sangat merindui beliau .Memang tak tergambar dengan kata kata..syukur sesangat. Dapat pergi jugak ngan mak mertua dan makcik hubby..yang dah biasa ke sana.

Alhamdulillah..semoga dapat mengerjakan umrah dan  haji dan menziarahi makam baginda lagi..insyaAllah. Balik je Malaysia ciku buat satu buku dan album tentang semua yang berlaku disana untuk tatapan ciku dan keluarga  dan sahabat handai yang datang menziarahi kami sahaja. Penerangan dari muttawiff ustaz mardan tentang tempat tempat sejarah di sana banyak membantu kami meluaskan minda. Ciku juga pertama kali solat jenazah di sana dan melihat ramai orang yang berlari lari nak angkat mayat kat mekah. Di sana ciku berkenalan dgn jemaah bari solo,indonesia dan turki.


Ini serba sedikit tentang pakej andalusia
DI KOTA MADINAH AL MUNAWARRAH
Ciku dan jemaah lain mengikuti pakej under andalusia dan antara tempat tempat ziarah ialah Maqam Rasullullah s.a.w dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi, Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud, Ladang Kurma.

SELEBIHNYA DI KOTA SUCI MEKAH 
Umrah 3x (dibimbing oleh Mutawwif) dan nak tambah ciku buat sendiri ngan suami dan mak serta makcik tersayang. Kami juga ziarah Jabal Thur, Jabal Rahmah, Jabal Nur dan banyak lagi. 


Ziarah sahabat dan saudara di mekah
Ciku dan keluarga sempat singgah ziarahi rumah sedara angkat yang memang tinggal di mekah. dah lama dia duduk sini dari anak satu hingga anak 3 dah..semua anakanak dia dh besar..dia kawin ngan org pattani pastu duk mekah.rumah dia atas bukit bukau.kami panjat..dia dtg hotel kami dan bawak g rumah dia..diapun dah berpurdah sama ngan anak perempuan dia.

Yang sorang lagi , member satu kolej dulu yang duk keja kat mekah ada 2 orang..tapi depa yang ziarah kami kat hotel..hihi..depa bawak kami pergi ke kilang air zam zam ( lelaki sahaja) dan kilang Quran (lelaki sahaja)..depa fasih berbahasa arab..harapkan ciku dan suami tergagapgagap la ckp jawabnya..hihi..insyaAllah ciku akan mengikut jejak belajar bahasa arab ni. InsyaAllah. Oh ye pendakian ke gua hira' tu member member nih ikut gak. Salah seorang tu memang suka ambil gambar dah macam photographer. Alhamdulillah terbina ukhwah antara kami dan jemaah jemaah yang baru dikenali di sana.


Alhamdulillah ciku dapat rezeki ini..semoga Allah memanggil ciku dan keluarga lagi untuk ke sana. InsyaAllah.

NOTA
Harga & Tarikh penerbangan tertakluk kepada pindaan semasa.
 HOTEL DI MADINAH  : Concorde Hotel (100 M) 


 HOTEL DI MAKKAH    : Royal Sultan  Hotel  (300 M)




nyum nyum..bersantai sementara sambil makan biskut di perkarangan masjid nabawi madinah
Pemandangan Mekah dari atas gua Hira'
Jalanraya yang diasingkan laluannya.
Masih lengang awal 2011 didalam masjidil haram 
Anda akan bertemu unta unta dan merasai kelazatan susu unta semasa melakukan  ziarah hudaibiyah
Jangan melepaskan peluang mendaki gua hira' tempat permulaan nabi muhammad (SAW) menerima wahyu pertama.


Ada satu lagi antara ziarah iaitu ke jabal magnet (misteri road)
melihat dan merasai kekuasaan Allah kenderaan yang kita naiki (bas) bergerak sendiri walaupun driver tak tekan minyak-real.





Travel melihat keindahan alam Calgary Canada

Salam and have a good day , Ciku travel berdua dari Malaysia ke Calgary Alberta , Canada dan Niagara Falls pada 24 Oct 2024 - 7 Nov 2024 . I...