Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Misteri Masjid ajaib di Malang jawa timur.

 
Salam,

 Hari ni nak cerita misteri .Biar jelah entry tertangguh sebelum ni tu..hihi.
 
Semalam ciku dapat info dari seseorang yang baru balik dari surabaya dan banyak yang diceritakan tetapi ciku macam teruja nak tahu lanjut tentang terdapat masjid ajaib yang dikatakan mitos masjid yang wujud tiba tiba dalam semalaman.Ciku sakan mencari info tentang masjid tersebut melalui pakcik google dan youtube.Sampai tengah malam duk baca cerita tentang masjid ajaib di wilayah turen ni last last rasa seram sejuk lak..hihi. Nak tulis ni pun ada rasa seram sejuk..naper ntah.

Memang ramai yang komen di blog (boleh buat carian google tentang masjid ajaib atau masjid jin di wilayah malang ini) dan video yang sememangnya masjid atau sebenarnya pondok belajar agama ini wujud dan struktur bangunannya amat luar biasa cantik dan indah dari segi pandangan ciku melalui youtube . Ciku agak teruja untuk mengetahui sejarah pembinaannya dan melihat keindahan sebenarnya tersergam masjid atau sebenarnya Pondok Pesantren (Ponpes) Salafiyah yang terletak di Jalan KH. Wahid Hasyim Gang Anggur No.10, RT 07 / RW 06 Desa Sananrejo, Kecamatan Turen, Kabupaten Malang oleh Romo Kyai Haji Ahmad Bahru Mafdlaluddin Shaleh Al-Mahbub Rahmat Alam, atau yang akrab digelar Romo Kyai Ahmad.

Dikatakan kalau kita masuk kawasan kampung di daerah turen ini, dari jauh dah nampak bangunan seramik biru, ada kolam renang, kolam ikan, macam macam lagi kat dalam masjid yang ada 10 tingkat tu dan dikatakan juga tiada orang yang belajar agama dan tidak nampak orang yang membina dan membaiki pesantren tersebut yang masih belum siap 100% tetapi memang indah dari segi struktur intelektual seseorang yang membinanya.Pembinaan senibinanya seolah seolah seperti dari seorang yang punya daya imaginasi yan gtinggi dan ilmu senibina yang tinggi.Ukiran dari china, arab, india dan pelbagai dunia.(ciku tak penah tengok real sekadar membaca sahaja)

Ciku seakan terpanggil untuk mencari info tentang masjid ini. Kebanyakan info mengatakan masjid ini dibina oleh jin tetapi disangkal oleh pemiliknya yang juga sudah tua dan sukar untuk ditemui (boleh baca di ruangan FAQ di website bawah- ciku tak berapa paham.). Dan ada yang mengatakan indonesia kaya dengan candi yang menjadi 7 wonders world tetapi berkemungkinan dengan wujudnya tempat ini secara tiba tiba akan menukar cara pemikiran manusia dunia . Mungkin tersergam terbinanya tempat ini kerana untuk meningkatkan kerohaniah spiritual seseorang  melalui bangunan ini dan isi dalamnya atau ianya lebih kepada menunjukkan sesuatu yang rahsia hanya Allah sahaja yang tahu.

Diceritakan juga, pembinanya sangat kuat agama dan pernah tinggal di madinah dan saudi . Membinanya dengan bersolat istikharah dan bantuan dari Allah SWT. Pembinaannya bermula pada tahun 1963 sehingga kini  dan tanpa dana dari sesiapa padahal kalau dilihat dari segi struktur memang mengkagumkan.Ciku tengok youtube tentang pelancong dari luar negara dan rata rata mengatakan kagum tidak terdapat di negara eropah binaan sebegini rupa tanpa pelan yang terperinci. Dan banyak yang mengatakan perasaan masuk ke sini menjadi tenang dan membersihkan hati dari berbagai penyakit hati . Ada yang menangis tersedar dari dosa lalu hanya dengan melihat bangunan yang luar biasa ini dan pelbagai lagi dimana ianya lebih menyentuh kerohanian seseorang yang datang melawat.
Kalau ada yang tahu di surah saba , ayat 13 ada menceritakan bangunan dibina secara tiba tiba.

Surah Saba, Ayat 13
Maknanya Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.

Dibawah adalah website tentang pesantren atau masjid ajaib atau masjid jin ini .Disini ada diutarakan jawapan dari permasalahan yang kadang kadang tersebar mengenai cerita yang tidak benar mengenai masjid ini. Ciku baca satu persatu bahagian FAQ tu tapi ada jugak yang ciku tak paham sebab bahasa depa guna ni.Disini juga ada menulis tentang event internal dan external di pondok ini yang sememangnya penuh dengan orang.  Apapun jika berkesempatan ke sini..ciku mohon Allah(swt) luruskan hati dan bersihkan akal dari memikirkan yang bukan bukan kerana berkemungkinan besar seorang yang normal pasti hatinya berkata kata itu ini....

2 comments:

zila@akulovetravel said...

Salam..

Kebetulan pulak saya ada sembang2 dengan indon kat project site last week. Dia ada cterkan pasal masjid ni. Menurut dia tetiba jer masjid ni wujud tanpa ada dana atau orang yang membinanya. Memamg ajaib. Dia sangat2 kagum dan kebetulan pulak dekat dengan rumah dia.

CIKU said...

Wsalam..
oo..mesti dia banyak tahu tentang kewujudan pesantren tu.Ada member nak pegi sana april ni selepas tahu ttg masjid ni.harap dia dapat bawak balik cerita dan apa perasaan yang dia rasa..ciku ntahla bila nak jejak kesana.hihi.